Reputasi - Quacquarelli Symonds (QS) Rankings 2026
Pencapaian Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
PENCAPAIAN UTeM DALAM QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS: SUSTAINABILITY 2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kerana sekali lagi berjaya disenaraikan dalam QS World University Rankings: Sustainability 2026 dengan kedudukan #1251–1300.
Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan seluruh warga UTeM dalam memperkukuh agenda kelestarian melalui kecemerlangan penyelidikan, pengajaran, inovasi serta pengurusan universiti yang mampan. Kejayaan ini juga menegaskan bahawa UTeM sedang bergerak ke arah pembudayaan ESG, selaras dengan usaha memperkukuh amalan tadbir urus, kebertanggungjawaban sosial dan pemeliharaan alam sekitar di seluruh ekosistem kampus. Pengiktirafan ini turut mengesahkan bahawa UTeM berada pada landasan kukuh dalam memacu inisiatif global ke arah masa depan yang lebih lestari.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk kita terus melakar kecemerlangan dan meningkatkan kedudukan UTeM pada penarafan akan datang. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memainkan peranan dalam menyokong usaha kelestarian universiti.
Tahniah diucapkan, moga UTeM terus mengukir kejayaan cemerlang di pentas antarabangsa.
QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS 2026
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus mengukuhkan kedudukannya di persada antarabangsa apabila berjaya mengekalkan kedudukan dalam QS World University Rankings 2026, berada dalam kelompok universiti terbaik dunia pada kedudukan #1201–1400.
Pencapaian ini menunjukkan bahawa UTeM sentiasa komited dalam memacu pendidikan TVET, menggiatkan ekosistem RICE, memperkasa pembangunan mahasiswa, memperkukuh ekosistem university, memantapkan penjenamaan dan reputasi serta memperluaskan pengantarabangsaan pendidikan tinggi dan jaringan penyelidikan di peringkat antarabangsa, sejajar dengan halatuju pendidikan tinggi negara.
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada seluruh warga UTeM atas usaha dan dedikasi yang berterusan dalam merealisasikan kejayaan ini.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk UTeM terus maju sebagai sebuah Universiti Teknikal terunggul di dunia.
UTeM RAIH KEDUDUKAN KE-262 DALAM QS ASIA UNIVERSITY RANKINGS 2026
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus mengukir kecemerlangan di peringkat antarabangsa apabila berjaya menduduki kedudukan ke-262 dalam Quacquarelli Symonds (QS) Asia University Rankings 2026.
Peningkatan ini mencerminkan komitmen berterusan universiti terhadap kecemerlangan akademik, penyelidikan berimpak, inovasi dan pengantarabangsaan yang mapan.
Pencapaian ini merupakan hasil usaha gigih seluruh warga universiti termasuk staf akademik, pentadbiran, penyelidik dan mahasiswa yang sentiasa berdedikasi dalam memperkukuh reputasi UTeM sebagai universiti teknikal terkehadapan di rantau ini.
UTeM akan terus mempergiat inisiatif strategik dalam memperluas jaringan kolaborasi industri, memperkukuh keupayaan penyelidikan serta memupuk bakat graduan yang berdaya saing di perinngkat antarabangsa.
Setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga UTeM atas kejayaan ini. Semoga momentum ini menjadi pemangkin untuk mencapai kedudukan yang lebih gemilang di masa hadapan.
TAHNIAH UTeM ATAS PENCAPAIAN DALAM QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS BY SUBJECT 2026
-
Qs 2026 Poster Subject 1
-
Qs 2026 Poster Subject 2
-
Qs 2026 Poster Subject 3
Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh warga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) atas kejayaan disenaraikan dalam Quacquarelli Symonds World University Rankings by Subject 2026.
Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan universiti dalam memperkukuh kecemerlangan akademik dan penyelidikan, khususnya dalam bidang-bidang berikut:
- Electrical and Electronic Engineering: meningkat kedudukan kepada 401–450
- Mechanical, Aeronautical & Manufacturing Engineering: meningkat kedudukan kepada 351–400
- Computer Science and Information Systems: mengekalkan kedudukan pada 651–700
Kejayaan ini mencerminkan usaha bersepadu serta dedikasi tinggi pihak pengurusan, staf akademik dan staf pentadbiran dalam memastikan kualiti pengajaran, penyelidikan dan kolaborasi antarabangsa sentiasa berada pada tahap yang cemerlang.
Semoga pencapaian ini terus menjadi pemangkin kepada UTeM untuk memperkukuh reputasi institusi serta meningkatkan daya saing di peringkat global.
QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS: SUSTAINABILITY 2025
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kerana telah disenaraikan dalam QS World University Rankings: Sustainability 2025 di kedudukan 1181–1200.
Pencapaian ini merupakan bukti nyata usaha bersama seluruh warga UTeM dalam menyokong agenda kelestarian melalui kecemerlangan penyelidikan, pengajaran dan pengurusan mampan. Kejayaan ini juga menunjukkan bahawa UTeM berada di landasan yang tepat dalam memacu inisiatif global untuk masa depan yang lebih mapan.
Semoga pencapaian ini menjadi motivasi untuk kita terus melangkah maju dan berusaha meningkatkan kedudukan universiti di masa akan datang. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan ini.
Tahniah sekali lagi dan semoga UTeM terus cemerlang di persada antarabangsa!
PENARAFAN QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS 2025
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kerana telah disenaraikan dalam QS World University Rankings: Sustainability 2025 di kedudukan 1181–1200.
Pencapaian ini merupakan bukti nyata usaha bersama seluruh warga UTeM dalam menyokong agenda kelestarian melalui kecemerlangan penyelidikan, pengajaran dan pengurusan mampan. Kejayaan ini juga menunjukkan bahawa UTeM berada di landasan yang tepat dalam memacu inisiatif global untuk masa depan yang lebih mapan.
Semoga pencapaian ini menjadi motivasi untuk kita terus melangkah maju dan berusaha meningkatkan kedudukan universiti di masa akan datang. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan ini.
Tahniah sekali lagi dan semoga UTeM terus cemerlang di persada antarabangsa!
PENARAFAN QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS BY SUBJECT 2025
-
Qs 2026 Poster Subject 1
-
Qs 2026 Poster Subject 1
-
Qs 2026 Poster Subject 1
Alhamdulillah, UTeM sekali lagi membuktikan kecemerlangannya di peringkat global melalui Penarafan QS World University Rankings by Subject 2025.
UTeM berjaya disenaraikan dalam tiga (3) bidang utama iaitu:
- Engineering - Mechanical, Aeronautical & Manufacturing dengan kedudukan 401 – 450
- Engineering - Electrical & Electronic dengan kedudukan 501 – 550
- Computer Science & Information Systems dengan kedudukan 651 – 700.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen kolektif seluruh warga UTeM di semua peringkat dalam mencapai kecemerlangan akademik, penyelidikan, pengantarabangsaan, pembangunan pelajar dan inovasi.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua warga UTeM atas usaha keras, dedikasi dan sumbangan yang bermakna dalam merealisasikan kejayaan ini. Semoga UTeM terus melakar kecemerlangan dan menyerlah di persada dunia setanding dengan universiti-universiti ternama antarabangsa.
QUACQUARELLI SYMONDS (QS) ASIA UNIVERSITY RANKINGS 2025
Tahniah UTeM atas Peningkatan Kedudukan dalam Quacquarelli Symonds (QS) Asia University Rankings 2025!
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila berjaya meningkatkan kedudukan dalam penarafan Quacquarelli Symonds (QS) Asia University Rankings 2025, kini berada di kedudukan #411-420 dalam kalangan universiti terkemuka di Asia. Pencapaian ini mencerminkan komitmen UTeM terhadap kecemerlangan dalam pendidikan teknikal, pengajaran berkualiti tinggi serta penyelidikan dan inovasi.
Kejayaan ini merupakan hasil usaha bersama seluruh komuniti universiti termasuk kakitangan akademik dan pentadbiran, penyelidik serta mahasiswa yang berdedikasi dalam memperkukuh reputasi global dan kecemerlangan akademik UTeM. UTeM akan terus memperkukuh usaha dalam penyelidikan lanjutan, kolaborasi industri dan pengantarabangsaan.
Penarafan QS Asia University Rankings menilai universiti berdasarkan indikator utama seperti kualiti akademik, kebolehpasaran graduan, pengantarabangsaan dan impak penyelidikan. Prestasi cemerlang UTeM dalam penarafan ini membuktikan komitmen universiti untuk melahirkan graduan yang berdaya saing serta membina jaringan antarabangsa yang kukuh dalam bidang kejuruteraan dan teknikal.
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga UTeM atas pencapaian ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dan meletakkan UTeM pada kedudukan yang lebih tinggi di masa hadapan.
Baca selanjutnya: Reputasi - Quacquarelli Symonds (QS) Rankings 2026












