PENARAFAN UI GREENMETRIC WORLD UNIVERSITY RANKING 2023

Tahniah!! UTeM berjaya menduduki kedudukan 106 daripada 1183 universiti seluruh dunia sebagai universiti Lestari dan hijau dalam penarafan UI GreenMetric (UIGM) World University Ranking 2023. Ini sekaligus meletakkan UTeM dalam kedudukan 5 universiti terbaik di Malaysia dalam pengurusan kampus Lestari dan hijau. UTeM bangkit dari kedudukan 142 pada UIGM 2022 dan melonjak 36 tangga pada kedudukan 106 pada 2023. Kejayaan ini adalah hasil Kerjasama padu warga UTeM dalam memenuhi keperluan dalam kriteria UIGM 2023.
UIGM merupakan satu sistem penilaian kendiri dan eviden pembuktian sebagai iltizam universiti untuk melestarikan dan alam sekitar yang disertai oleh institusi pengajian tinggi seluruh dunia. UIGM dikelolakan oleh Universitas Indonesia (UI) sejak 2010 dengan menyasarkan Pembangunan Lestari kampus iaitu kelestarian pembangunan fizikal kampus, pengurusan tenaga, air dan sisa serta aspek pendidikan kelestarian kepada warganya. Penilaian dalam UIGM juga seiring dengan pemetaan 17 perkara dalam Sustainable Development Goals (SDG) bagi menilai aspek kemampanan atau kelestarian universiti.
Jutaan terima kasih atas komitmen dan kebersamaan warga UTeM dalam penarafan ini.