Untuk makluman, Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register (MQR)) mula mendaftarkan program pasca ijazah Universiti Awam di Malaysia (Ijazah Sarjana, Tahap 7 dan Ijazah Kedoktoran, Tahap 8 Kerangka Kelayakan Malaysia pada tahun 2013. Ini kerana perlaksanaan audit bagi program ini mula dijalankan pada tahun 2013.
Sebelum pendaftaran tersebut dibuat, program tersebut dijalankan berdasarkan peraturan dan keperluan sedia ada yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan dianggap telah memenuhi semua kualiti dan standard yang ditetapkan.
Status Semasa Akreditasi Program Akademik Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
Sehingga kini UTeM menawarkan:
- 5 Diploma
- 42 Sarjana Muda
- 39 Sarjana
- 12 Kedoktoran
Sehingga 29 Februari 2024, program aktif yang matang UTeM telah mencapai 98.81% (83/84 program) akreditasi penuh.