PENARAFAN SISTEM PENGUMPULAN DATA UNIVERSITI AWAM (MyMoheS) 2023

Tahniah!! UTeM Mengekalkan Pencapaian 5 Bintang Penarafan MyMoheS.
Tahniah UTeM atas kejayaan mengekalkan pencapaian penarafan 5 bintang MyMoheS 2023 bagi penghantaran data berakhir 30 Jun 2023.
Penarafan bintang MyMoheS (Sistem Pengumpulan Data Universiti Awam) bertujuan untuk menilai kesediaan IPTA dalam pembekalan data berkualiti mengikut setiap modul yang merangkumi Modul Data Pelajar, Modul Data Staf, Modul Maklumat Institusi dan Modul Data Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan, serta menilai kecekapan dan kesempurnaan penghantaran data secara keseluruhan.
Kriteria-kriteria ini dinilai berdasarkan 3 kategori iaitu Masa Penghantaran (20%), Kesempurnaan Data (40%) dan Kualiti Data (40%).
Syabas diucapkan kepada semua Pemilik Data, Pegawai IT dan semua staf yang terlibat dalam menjayakan penghantaran Data MyMoheS ini.