NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
- PENGENALAN
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) telah berkuatkuasa pada 15 November 2013 yang bertujuan untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (“UTeM”) komited untuk memastikan pematuhan APDP sama ada dalam kalangan staf, pelajar, kontraktor dan mana-mana pihak luar yang berurusan di UTeM.
- NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) ini akan menjelaskan bagaimana data peribadi yang diperolehi sama ada dalam kalangan staf, pelajar, kontraktor dan mana-mana pihak luar, diproses dan disimpan oleh UTeM serta apa-apa entiti yang berkaitan dengan UTeM seperti UTeM Holdings Sdn Bhd, Koperasi UTeM, Yayasan Canselor UTeM dan apa-apa entiti yang berkaitan dengan UTeM yang akan wujud pada masa akan datang.
- PEMAKAIAN
Notis ini terpakai kepada apa-apa data peribadi yang diperolehi diproses dan disimpan di UTeM.
- SUMBER DATA PERIBADI
Sumber data peribadi staf, pelajar, kontraktor dan mana-mana pihak luar dikumpul dari pelbagai sumber termasuk tetapi tidak terhad kepada:-
(a) maklumat yang telah diberikan oleh staf, pelajar, kontraktor dan mana-mana pihak luar kepada pihak UTeM;
(b) maklumat dari pihak ketiga; dan
(c) maklumat dalam domain awam.
- JENIS DAN PENGGUNAAN DATA PERIBADI
- HUBUNGI KAMI
Sebarang pertanyaan berhubung data peribadi, pihak Tuan boleh menghubungi pihak-pihak yang berkenaan:-
- PERCANGGAHAN
Sekiranya terdapat percanggahan terma-terma di antara Notis versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, maka terma-terma di dalam Notis versi Bahasa Malaysia hendaklah terpakai.