Skip to main content

Sila pilih bahasa anda:

Btn IutemBtn Iutem
Btn MailBtn Mail
Btn DirectoryBtn Directory
Btn ExpertiseBtn Expertise


Naib Canselor (Dulu & Kini)

PROFESOR DATUK DR. MOHD RUDDIN BIN AB. GHANI

Profesor Datuk Dr. Mohd Ruddin bin Ab. Ghani dilahirkan pada tanggal 22 Mac 1954 di Bukit Katil, Melaka. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektrik) daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tahun 1977, Sarjana Sains (M.Sc.) Kejuruteraan Sistem dari The City University, London pada tahun 1978 dan seterusnya Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Sistem dan Kawalan dari Manchester Institute of Science & Technology (UMIST), United Kingdom pada tahun 1989.

PROFESOR DATUK ISMAIL BIN HASSAN

Profesor Datuk Ismail bin Hassan dilahirkan pada tanggal 20 Julai 1948, di Bruas, Perak Darul Ridzuan. Beliau merupakan graduan Diploma Imperial College of Science & Technology, London (1972), Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, University of Tasmanaia, Australia (1975) dan Ijazah Sarjana Sains (Kejuruteraan Elektrik Mesin & Sistem Kuasa) University of London pada tahun 1975.

PROFESOR DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN

Dilahirkan pada tanggal 15 April 1956, Profesor Datuk Dr. Ahmad Yusoff bin Hassan menerima Ordinary National Diploma (OND) dalam bidang kejuruteraan daripada Worthing College of Further Education, United Kingdom (1977), Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (B.Eng.) daripada University of Liverpool (1980), Sarjana Sains (MSC) dalam bidang Logam, Bahan dan Pengurusan daripada University of Aston di Birmingham, United Kinggdom (1983) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada University of Liverpool pada tahun 1990.

PROFESOR DATUK TS. DR. SHAHRIN BIN SAHIB

Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib, FASc dilahirkan pada tanggal 23 Julai 1968 di Kampung Sepinang, Segamat, Johor. Kecenderungan beliau dari awal lagi adalah dalam bidang akademik dan berhasrat menjadi seorang ilmuwan dan pakar dalam bidang Teknologi Maklumat dan komunikasi khususnya dalam Networking, Computer Systems, Security, Network Administration and Design.

PROFESOR DATUK WIRA DR. RAHA ABDUL RAHIM

Raha merupakan lulusan Ijazah Sarjana Mikrobiologi dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat dan selanjutnya melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Sains di University of Oklahoma. Beliau menyertai Universiti Putra Malaysia (UPM) pada bulan Jun 1991 sebagai tutor di Jabatan Bioteknologi dan menyempurnakan PhDnya dalam bidang Genetik Molekul di University of Strathclyde, Glasgow.

PROFESOR DATUK TS. DR. MASSILA KAMALRUDIN


Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin, the fifth Vice Chancellor of Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), is an acclaimed academic in the field of Information Technology. A native of Banda Hilir, Melaka, she was born on 14 August 1981.

Prof. Massila has an impressive local and international education background. She graduated from Universiti Putra Malaysia (UPM) in 2003 with a Bachelor of Computer Science (Software Engineering), a Master of Science in Computing and Software Technology from University of Wales, Swansea, United Kingdom in 2006, a PhD in Electrical and Electronic Engineering from The University of Auckland, New Zealand in 2011 and a post-doctoral at the Faculty of ICT, Swinburne University of Technology, Australia in 2012.

Pin It

Pautan Pantas


Masukkan Email Anda:

Atas

Hakcipta © 2023 Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Hakcipta terpelihara.

Ikuti Kami: