Skip to main content

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempelawa individu yang berkelayakan dan berwibawa untuk mengisi jawatan Ketua Pustakawan di UTeM. Maklumat jawatan tersebut adalah seperti berikut: 

1. MAKLUMAT JAWATAN

Jadual Gaji/ Gred
S54

Jusa C

Minimum
RM6,070.00

RM7,676.00

Maksimum
RM13,138.00

RM20,592.00

  • Status Pelantikan:

    : Tetap / Pinjaman /Kontrak

  • Tempoh:

    : Tertakluk kepada keputusan Lembaga Pengarah Universiti

2. SYARAT LANTIKAN

Warganegara Malaysia;
  1. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; DAN
  2. Kelayakan Akademik:
    1. Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.; atau
    2. Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang perpustakaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.; atau
    3. Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
  3. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; DAN
  4. Mempunyai wawasan yang jauh dan pengetahuan mendalam terutamanya dalam perkembangan maklumat dan sumber melalui inisiatif Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

3. KRITERIA UMUM

  1. Kecemerlangan Pengurusan
    1. Berorientasikan Pencapaian – mempunyai komitmen yang tinggi ke arah peningkatan hasil kerja keseluruhan melalui kecekapan dalam mengurus dan mengelola sumber-sumber yang diperuntukkan dengan berkesan bagi mencapai matlamat dan objektif organisasi.
    2.  Pengurusan Kakitangan – Berkebolehan menambahbaik strategi sumber manusia untuk membangunkan kapasiti tenaga kerja dalam memenuhi keperluan semasa dan akan datang dan menyediakan hala tuju yang jelas untuk mencapai jangkaan.
    3.  Pengurusan Kewangan – Mengurus sumber kewangan dengan telus dan mencapai nilai untuk wang dan hasil yang optimum (value for money).
    4.  Pengurusan Perubahan & Risiko – Berusaha mengurus perubahan dalam organisasi secara berkesan dengan menggunakan segala sumber dan berkeupayaan sedia ada. Berusaha mengurangkan risiko dalam setiap hasil kerja yang dilaksanakan melalui aktiviti pengurusan risiko.

  2. Pemikiran Strategik
    1. Berkebolehan mengenal pasti, menjangka dan menganalisis isu dan masalah yang berkaitan dengan perundangan serta boleh mengatur strategi penyelesaian yang berkesan.
    2. Berkebolehan melihat situasi dari pelbagai dimensi serta berkeupayaan mengambil tindakan dan membuat keputusan mengikut keutamaan, berpandangan jauh dan melihat isu dari perspektif yang luas dan menyeluruh.
    3. Berkemahiran dalam merancang dan membangunkan Pelan Strategik Organisasi serta mentafsirkannya sehingga peringkat pelaksanaan.

  3. Kepimpinan Berteraskan Nilai & Etika
    1.  Memiliki dan mempraktikkan nilai dan etika yang tinggi dalam setiap tindakan serta menggalakkan prinsip ketelusan, keadilan, integriti dan profesionalisme dalam pengurusan organisasi secara keseluruhan.
    2.  Menegakkan prinsip-prinsip kepimpinan yang baik termasuk bersikap anti rasuah, berdisiplin tinggi dan sentiasa mempamerkan komitmen yang tinggi.
    3.  Membina dan menggalakkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat serta bebas daripada gangguan diskriminasi.

  4. Berkepakaran Dalam Membudayakan Idea Kreativiti dan Inovasi Dalam Pentadbiran
    1. Berkebolehan mencetus idea-idea baharu dan meningkatkan usaha untuk mentransformasi organisasi ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan berdasarkan peraturan-peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa. ;

  5. Memiliki Jaringan Hubungan Yang Luas
    1. Mengoptimumkan sumber-sumber organisasi untuk memenuhi keperluan pelanggan;
    2. Berkebolehan menjalin hubungan kerjasama dan menerapkan nilai-nilai kebersamaan dengan anggota kerja dalam organisasi;
    3. Berkebolehan mengenal pasti dan mengambil peluang untuk membina perkongsian strategik dari segi maklumat, idea, pengetahuan dan kepakaran dengan pelbagai pihak untuk faedah dan kepentingan organisasi.

4. RINGKASAN TUGAS

Mengetuai, memimpin dan menentukan dasar dan hala tuju organisasi perpustakaan (knowledge centre) serta perkhidmatan maklumat dan pengurusan ilmu yang selari dengan dasar pengajaran & pembelajaran, penyelidikan dan perundingan Universiti mengikut arus perkembangan ICT.

Ketua Pustakawan bertanggungjawab dan melapor terus kepada Naib Canselor. Perincian Tugas Ketua Pustakawan adalah seperti di Lampiran 1.

5. CARA PERMOHONAN

Calon yang berminat untuk mengisi jawatan ini perlulah mengemukakan permohonan rasmi berserta dokumen seperti berikut:

  1. Permohonan Jawatan berserta gambar berukuran pasport (Lampiran A);
  2. Salinan sijil-sijil yang telah disahkan;
  3. Curriculum Vitae (CV) yang lengkap;
  4. Kertas cadangan ringkasan mengenai perancangan jangka pendek dan jangka panjang sekiranya dilantik sebagai Ketua Pustakawan UTeM; dan
  5. Sokongan Ketua Jabatan

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat berikut:

Pendaftar / Ketua Pegawai Operasi
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya,
76100 Durian Tunggal,
Melaka.

atau melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Tarikh tutup permohonan: 22 November 2022

Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan Bakat, Pejabat Pendaftar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka di talian: 06-2701900/1929.

Makluman:

Nota:
Permohonan yang lulus di peringkat saringan sahaja akan dipanggil temuduga.

Lampiran A dan Lampiran 1 boleh dimuat turun melalui laman web
https://www.utem.edu.my/ms/jawatan-kosong atau https://www.utem.edu.my/en/job-vacancies

 

Pin It

Quicklinks


Enter your email address for subscribe UTeM Events:

Top

Copyright © 2024 Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All rights reserved.

Connect With Us: