i@UTeM
UTeM Mail
Friday, 25 September 2020

Pendaftaran masuk pelajar baharu UTeM selari kempen Pembudayaan Norma Baharu yang dilancarkan Perdana Menteri Malaysia

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus menyahut kempen Pembudayaan Norma Baharu yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini dalam konteks pendaftaran pelajar baharunya pada hari ini.
 
Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, UTeM menyokong penuh kempen Pembudayaan Norma Baharu yang telah diaspirasikan oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini.
 
Jelasnya, kini adalah masanya seluruh komuniti meletakkan kepentingan negara sebagai agenda utama dalam aspek pelaksanaan budaya kerja organisasi, sosial dan masyarakat yang mana bersama memerangi virus Covid 19.
 
Katanya,  bagi menjayakan kempen ini maka segenap lapisan masyarakat perlu memberikan kerjasama teguh, erat dan tidak berbelah bahagi dalam mematuhi Prosedur Operasi standard (SOP) walaupun ianya agak sukar pada peringkat awalnya.
 
“Selari itu maka proses pendaftaran pelajar baharu peringkat diploma UTeM dijalankan pada hari ini bersandarkan kepada SOP penuh pelbagai peringkat dan pelaksanaan Norma Baharu.
 
“Seperti biasa bagi kemasukan ke kampus UTeM sudah tentu pelajar dimestikan berada dalam keadaan sihat seterusnya untuk memasuki ke kampus pula perlu melalui saringan menerusi Aplikasi eTAP dan mengikuti SOP yang telah ditetapkan.
 
“Hanya pelajar sahaja yang dibenarkan berada secara fizikal sewaktu proses pendaftaran manakala pelbagai tapisan kesihatan telah dijalani dan mereka yang  tidak bergelajala sahaja yang dilepaskan untuk pendaftaran lanjut,”ujarnya.
 
Dr Raha berkata, kemasukan pelajar baharu bagi pengajian Diploma ini UTeM telah menunjukkan peningkatan iaitu seramai 531 orang pelajar bagi mengkuti pengajian bagi semester 1 sesi 2000/2001 dan lebih banyak berbanding pada tahun lalu sebanyak 514 orang sahaja. 
 
Taburan pendaftaran pengajian bagi peringkat diploma ini adalah merangkumi 5 jurusan yang mana sebanyak 86 orang bagi kurus Kejuruteraan Mekanikal, 107 orang Kejuruteraan Pembuatan, 85 orang Kejuruteraan Elektrik, 106 orang Kejuruteraan Elektronik dan 147 orang untuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
 
Kesemua pelajar baharu selesai melaksanakan proses pendaftaran lengkap di Dewan Canselor, kampus induk UTeM, Durian Tunggal, pada hari ini.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia.
Tel : +606 270 1000
Fax : +606 270 1022
Email : webmaster@utem.edu.my

Newsletter

Subscribe to UTeM newsletter. Don’t miss any news or stories.

We do not spam!