i@UTeM
UTeM Mail
Friday, 25 September 2020

Kumpulan Pemandu UTeM diberi Pendedahan Tingkatkan Kepakaran dan Kesedaran

Bagi memastikan kumpulan pemandu Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sentiasa peka dan berkepakaran tinggi dalam pemanduan maka Pejabat Pengurusan Kenderaan Universiti (PPKU), UTeM telah menganjurkan kursus baru-baru ini.
 
Kursus yang dinamakan “Respect Your Limit” ini telah dihadiri seramai 58 orang kakitangan PPKU yang terdiri dari para pemandu dan kakitangan pentadbiran pejabat tersebut.
 
Program yang ebrlangsung bertempat di Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal tersebut telah dikendalikan oleh penceramah jemputan dari Jabatan Keselamatan Trafik,The Plus Expressway (PLUS).
 
Penolong Naib Canselor, (Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti) UTeM), Prof. Madya Ts. Rahimi Yusoff menyatakan kursus tersebut amat penting bagi mendedahkan kepada para pemandu mengenai pelbagai sistem yang digunapakai oleh pihak PLUS, cabaran dan isu yang dihadapi oleh mereka.
 
Jelasnya, para peserta telah diberi pendedahan menyeluruh mengenai Sistem Jalanraya serta Papan Tanda yang diguna pakai mereka, cara operasi PLUS sehari-harian, faktor-faktor dan punca-punca kemalangan yang berlaku, pelbagai isu yang timbul serta cabaran kenderaan berat sewaktu berada di lebuh raya.
 
Tambah beliau, kursus sedemikian amat sesuai untuk kelompok sasaran iaitu para pemandu kenderaan UTeM atas tugas mereka yang sentiasa dalam mod pemanduan dan berada di atas jalan raya untuk memastikan mereka tahu dan peka akan sistem dan langkah-langkah yang diguna pakai oleh pihak PLUS.
 
“Wakil dari PLUS juga tidak ketinggalan dalam berkongsi pelbagai tips pemanduan yang selamat bersama para peserta yang hadir bagi mengelakkan kemalangan jiwa yang berterusan meragut nyawa saban tahun di jalan raya”, ujarnya lagi sewaktu ucapan beliau pada majlis perasmian penutup.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia.
Tel : +606 270 1000
Fax : +606 270 1022
Email : webmaster@utem.edu.my

Newsletter

Subscribe to UTeM newsletter. Don’t miss any news or stories.

We do not spam!