i@UTeM
UTeM Mail
Friday, 25 September 2020

UTeM Lancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menjayakan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 peringkat UTeM bertempat di perkarangan Bangunan Canselori, kampus induk UTeM, Durian Tunggal, pagi tadi.
 
Program pada pagi ini juga diadakan serentak dengan semua jabatan dan agensi kerajaan seluruh Malaysia yang mana pada masa Perdana Menteri sedang melancarkan majlis yang sama di Dataran Perdana, Putrajaya. 
 
Pelancaran di peringkat UTeM ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim dan dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi dan sebahagian staf UTeM.
 
Dalam ucapannya beliau berharap semua staf sentiasa prihatin dalam memartabatkan kemerdekaan negara yang sudah mencecah usia 63 tahun dan terus bersyukur kerana menjadi warga bertuah di negara ini kerana terus dikurniakan suasana kehidupan yang aman, harmoni dan sejahtera.
 
“Justeru, diharapkan agar semua warga UTeM akan lebih memahami, menghayati erti kemerdekaan serta mendalami maksud tema kemerdekaan pada kali ke-63 ini iaitu Malaysia Prihatin, Malaysiaku Selamat Bersama.
           
“Selari itu kebersamaan dan keprihatinan warga UTeM sangat terserlah dalam usaha dan kerjasama dalam menjaga kebajikan pelajar dan staf umumnya dalam menjaga kesihatan dan mengambil langkah-langkah pencegahan penularan COVID 19 yang masih belum berpehujung,” ujarnya lagi.
 
Pada majlis ini sebagai simbolik pelancaran dan kempen kibar Jalur Gemilang  ini maka  beliau telah memasang Jalur Gemilang di beberapa buah kenderaan jabatan UTeM sambil disaksikan oleh kakitangan yang hadir.
 
Turut hadir Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTeM Profesor Dr Zulkifilie Ibrahim, Penolong Naib Canselor, Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Madya Ir. Dr. Md Nazri Othman serta Penolong Naib Canselor, Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti Prof. Madya Ts. Mohd Rahimi Yusoff.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia.
Tel : +606 270 1000
Fax : +606 270 1022
Email : webmaster@utem.edu.my

Newsletter

Subscribe to UTeM newsletter. Don’t miss any news or stories.

We do not spam!