i@UTeM
UTeM Mail
Tuesday, 11 August 2020

UTeM Sumbangkan 1150 UTeMShield kepada Petugas Hadapan Negeri Melaka

Universiti Teknikal Malaysia  Melaka (UTeM) terus cakna dan prihatin dalam membantu mengekang penularan pandemik COVID19 di negeri Melaka khususnya dan Negara amnya.
 
Terbaru, UTeM telah menyerahkan sumbangan UTeMShield merangkumi sejumlah 1150 unit pelindung muka atau face shield, dua unit kotak intubasi dan 2000 pasang sarung tangan kepada Jabatan Kesihatan Negeri di Wisma Persekutuan baru-baru ini. Pelindung muka yang dihasilkan sepenuhnya oleh para penyelidik UTeM menggunakan teknologi laser sinthering printing dan laser printing itu diharapkan dapat membantu para petugas perubatan di hospital-hospital dan premis-premis perubatan di negeri Melaka.
 
Pegarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr Ismail Ali ketika dihubungi berkata pada ketika ini bekalan pelindung muka ini memang amat terhad dan sumbangan UTeM ini meringankan beban dan membantu keperluan hospital-hospital yang kritikal pada masa kini.  “Kami di JKN sentiasa berhubung dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan face shield ini memang menjadi keperluan amat penting di kalangan para petugas perubatan. Bekalan daripada UTeM ini amat dihargai dan dialu-alukan dalam memastikan barisan hadapan KKM mendapat perlindungan daripada jangkitan virus ini sepanjang menjalankan tugas yang mencabar ini,” ujarnya lagi.
 
Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Wira Raha Abdul Rahim berkata sumbangan UTeMShield beserta kotak intubasi ini merupakan sebahagian daripada usaha Universiti membantu dalam kapasiti kepakaran penyelidikan dan peralatan yang terdapat di UTeM.
 
“Sepanjang tempoh krisis ini, kami di UTeM sentiasa mengikuti perkembangan dan usaha pasukan barisan hadapan Negara dalam menangani penularan virus COVID19. Kami turut terkesan dengan pengorbanan mereka yang terlibat dan melalui kepakaran yang kami miliki, kami pastikan sumbangan UTeMShield ini akan dapat membantu petugas hadapan yang bertugas di hospital, klinik-klinik kesihatan, anggota keselamatan dan para sukarelawan yang memerlukan,” tambah beliau.
 
Sehingga kini, UTeM telah menghasilkan lebih 1200 unit UTeMShield yang turut disumbangkan kepada para anggota keselamatan yang bertugas dalam operasi sekatan jalanraya di seluruh Melaka.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia.
Tel : +606 270 1000
Fax : +606 270 1022
Email : webmaster@utem.edu.my

Newsletter

Subscribe to UTeM newsletter. Don’t miss any news or stories.

We do not spam!