i@UTeM
UTeM Mail
Saturday, 15 August 2020

Warga UTeM Derma Darah Bantu Tingkatkan Bekalan Darah Hospital Melaka

Pusat Kesihatan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah melaksanakan program Kempen Derma Darah kalangan warga UTeM bertempat di Pusat Persatuan Pelajar (PPP), kampus induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka baru-baru ini.
 
Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, program sebegini turut menggambarkan bahawa warga universiti ini sentiasa prihatin membantu dalam konteks kesejahteraan kesihatan komuniti sejagat.
 
Jelas beliau, dengan adanya program derma darah dari kalangan warga universiti maka ianya sudah tentulah dapat membantu mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di Unit Tabung  Darah, Hospital Melaka.
 
Sementara itu, Pengarah Pusat Kesihatan UTeM menyatakan bahawa pada program kali ini telah berjaya melibatkan seramai 161 orang penderma sekaligus berjaya mengumpulkan sebanyak 161 beg darah.
 
Katanya, kesemua beg darah yang diperolehi ini diserahkan terus kepada Unit Tabung Darah Hospital Melaka sekaligus menyumbang ke arah pencapaian objektif yang diharapkan.
 
Mengulas lanjut beliau turut menyeru lebih ramai lagi para penderma darah untuk tampil melaksanakan proses derma darah kerana ianya sangat-sangat diharapkan pada masa kini.
 
UTeM kerapkali mengadakan program kempen derma darah sebegini yang mana pada tahun lalu sahaja sudah diadakan3 kali program seumpama ini dan diteruskan pada tahun ini pula.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia.
Tel : +606 270 1000
Fax : +606 270 1022
Email : webmaster@utem.edu.my

Newsletter

Subscribe to UTeM newsletter. Don’t miss any news or stories.

We do not spam!