i@UTeM
UTeM Mail
Thursday, 02 April 2020

Persatuan Kakitangan Akademik UTeM (UTeMASA) Terus Bergerak Mampan

Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) (UTeMASA) telah menganjurkan Kursus Pemantapan Organisasi UTeMASA bertempat di salah sebuah hotel di Bandaraya Melaka, baru-baru ini.
 
Program selama dua hari tersebut telah dirasmikan sendiri oleh Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim.
 
Dr Raha berkata, antara objektif penganjuran adalah menjadi platform pengenalan kepada ahli baru berkenaan menguruskan persatuan dan kaedah merancang aktiviti UTeMASA bagi tahun berikutnya.
 
Jelas beliau, kursus seperti ini penting kerana ianya turut membuka perspektif baru ahli jawatankuasa UTeMASA dengan perkongsian maklumat dari persatuan-persatuan akademik universiti yang lain.
 
Sementara itu Presiden UTeMASA, Profesor  Dr Badrul Hisham Ahmadberkata, pada kursus tersebut, ahli UTeMASA juga berpeluang mendapat pendedahan pelbagai dari segi perkongsian permasalahan, analisis, fungsi, hala tuju dan pelan strategik untuk memacu kecemerlangan UTEMASA sebagai sebuah entiti persatuan ahli akademik.
 
Ujarnya, antara pengisian lain, Presiden Persatuan Kakitangan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datin Dr. Faridah Jalil turut berkongsi ilmu dan pengalaman dalam aspek pengurusan persatuan yang sama di universiti yang lain.
 
"Turut disentuh dalam kursus selama 2 hari tersebut adalah seperti Perlembangaan UTeM dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), pembangunan dan pengurusan sumber manusia serta halatuju dan pelan strategik UTeMASA," katanya lagi.
 
Turut hadir semasa perasmian program berkenaan adalah Penasihat Undang-undang UTeM, Datuk Azhar Mohamed, Timbalan Presiden UTeMASA Profesor Madya Mohd Ariff Mat Hanafiah serta barisan kepimpinan UTeMASA.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia.
Tel : +606 270 1000
Fax : +606 270 1022
Email : webmaster@utem.edu.my

Newsletter

Subscribe to UTeM newsletter. Don’t miss any news or stories.

We do not spam!