i@UTeM
UTeM Mail
Thursday, 02 April 2020

UTeM Komited Hasilkan Graduan Berkebolehpasaran Tinggi dan Memenuhi Keperluan Semasa Industri

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meneruskan agenda lawatan kerja ke rangkaian industri yang telah menjadi rakan industri strategik bersama dengan UTeM.

Lawatan berkenaan diketuai oleh Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim dan pada kali ini membuat lawatan ke ke Syarikat Composite Technology Research Malaysia (CTRM) yang terletak di Batu Berendam, Melaka, baru-baru ini.

Lawatan separuh hari tersebut juga antaranya berobjektif melawat persekitaran industri CTRM di samping membuat kejutan bersua muka secara terus dengan kelompok alumni UTeM yang kini menjadi kakitangan CTRM di pelbagai bahagian di syarikat berkenaan.

Dr. Raha berkata, UTeM sentiasa komited dalam menghasilkan graduan berkualiti tinggi dan berkebolehpasaran tinggi menerusi pelbagai bidang kejuruteraan dan teknologi kejuruteraan seterusnya dapat menyumbang kepakaran dalam pelbagai bidang serta perindustrian termasuklah bidang aero angkasa yang sinonim dengan CTRM.

Jelas beliau, alumni UTeM yang membina kerjaya di CTRM adalah kebanyakannya berlatar belakangkan dari kejuruteraan yang memainkan peranan penting dalam turut sama memajukan CTRM ke persada dunia.

Mengulas lanjut beliau berkata, kunjungan ini juga merupakan sebahagian inisiatif UTeM yang

Turut sama hadir dalam lawatan berkenaan adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Zulkifilie Ibrahim, Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat UTeM, Profesor Dr Goh Ong Sing serta pegawai-pegawai dari pejabat berkaitan.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia.
Tel : +606 270 1000
Fax : +606 270 1022
Email : webmaster@utem.edu.my

Newsletter

Subscribe to UTeM newsletter. Don’t miss any news or stories.

We do not spam!