Sekumpulan penyelidik dan mahasiswa dari Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya memenangi 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa di Intellectual Research and Innovation Showcase (IRIS) 2019.

IRIS 2019 ini telah diadakan baru-baru bertempat Universiti Selangor (UNISEL) telah membuka peluang kepada ahli akademik dan mahasiswa institusi pengajian tinggi untuk mempamer dan mempertandingkan hasil penyelidikan dan rekaan inovasi mereka seterusnya diiktiraf dalam arena ini.

Pingat perak dimenangi oleh kumpulan penyelidik, Zarina Baharudin Zamani dan A Nasoruddin Mohamad bersama pelajar FKEKK, Nurmahirah Agus Salim dan Rawiyani Syazana Roslan telah berjaya membawa pulang pingat perak bagi produk inovasi mereka, Renewable Energy and Water Conservation for Aquaponics System manakala penyelidik yang sama, Zarina Baharudin Zamani dan A Nasoruddin Mohamad bersama kumpulan pelajar kedua yang terdiri daripada Muhammad Aiman Miswan, Nur Amarlina Sabal Menanti dan Normi Diana Hai Shah Hairi turut berjaya meraih pingat gangsa menerusi hasil produk inovasi mereka, Home Garden Control and Monitoring System using IoT.

Sementara itu, 1 lagi pingat gangsa telah dimenangi oleh kumpulan penyelidik, Dr. Ahmad Sadhiqin Mohd Isira, Muhammad Syahrizan Johal dan Hairulisam Md Dom bersama pelajar Nur Hamizah Hamidi bagi produk inovasi rekaan mereka, Automated Chlorine Control for Water Tank Application.

Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim gembira dengan semangat inovasi penyelidikan yang ditonjolkan oleh barisan penyelidik dan mahasiswa yang terlibat mewakili UTeM dalam pertandingan ini.

 

Jelas beliau, kemenangan yang diterima ibarat bonus kepada hasil sesuatu penyelidikan dan inovasi namun persaingan secara sihat di samping pengalaman yang dikecapi sewaktu pertandingan tersebut antara pendedahan yang turut tinggi nilainya.

“Melihat kepada semarak budaya penyelidikan dan inovasi di UTeM terus menunjukkan impak yang sangat positif ke arah pemupukan suasana penyelidikan inovasi berterusan sekaligus berdaya  membantu memajukan masyarakat dan negara ini," ujar beliau lagi.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

042541334