Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus komited melebarkan sayap jalinan kerjasama strategik bersama dengan universiti ternama di peringkat global. 

Terbaru UTeM menerusi Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Liverpool John Moores University (LJMU), United Kingdom bertempat di kampus induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka, baru-baru ini.

Delegasi LJMU telah diketuai oleh Pro Vice Chancellor (Interim), Prof. Michael Riley bersama Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Prof. Rafid Al-Khaddar serta Dr. Vijayakumar Karunamoothei yang mana mereka disambut baik oleh Naib Canselor UTeM Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim bersama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Zulkifilie Ibrahim dan barisan pengurusan tertinggi UTeM yang lain.

Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim berkata, kerjasama ini dilihat mampu melebarkan peluang UTeM dalam arena pendidikan tinggi antarabangsa khususnya di United Kingdom dan sekitar Eropah dalam konteks penyelidikan, pembangunan dan inovasi serta menyerlahkan niche area UTeM iaitu Teknologi Pembuatan Termaju.

Ulasnya, pelbagai impak positif lain turut akan terkesan hasil daripada kerjasama ini seperti seperti perluasan mobiliti pelajar dan kakitangan akademik serta perkongsian kepakaran dan teknikal dari kedua-dua buah universiti yang juga turut memberi manfaat kepada sektor industri dan masyarakat di negara ini.

Antara lain, kerjasama ini juga turut menjadi suntikan kepada kedua-dua universiti sebagai pelonjak keupayaan menghasilkan graduan kompeten secara konsisten, berkualiti tinggi dan memenuhi keperluan dan permintaan industri berteknologi tinggi bagi pasaran antarabangsa.

Dalam majlis menandatangani MoU tersebut, pihak LJMU turut telah berkongsi inisiatif pelaksanaan program meningkatkan keupayaan industri kecil-sederhana (SME) serta masyarakat menerusi dana penyelidikan di United Kingdom.

Sepintas lalu, LJMU telah ditubuhkan pada tahun 1823 sebagai Mechanics Institute sebelum melalui proses penjenamaan sebagai Liverpool Polytechnic pada tahun 1970 dan seterusnya dinaiktaraf ke Liverpool John Moores University pada tahun 1992 dengan visi untuk menjadi universiti sivik yang moden dengan menawarkan penyelesaian bagi cabaran abad ke-21.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

042541323