Kepakaran alumni Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus diiktiraf dalam pelbagai sektor industri dalam atau luar negara kerana terbukti kompetensi mereka terus menzahirkan kecemerlangan.

Kian jelas keunggulan graduan UTeM diperakui benar-benar menterjemahkan kepakaran dan ilmu mereka menerusi bidang kejuruteraan, teknologi kejuruteraan dan juga teknologi maklumat dan komunikasi berlatar fenomena Revolusi Industrri 4.0.

Seiring itu, informasi terbaru mendapati dua orang alumni dari Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) UTeM telah berjaya menempa nama di persada dunia produksi filem animasi berprestij menerusi filem Ejen Ali.

kejayaan animasi Ejen Ali ini telah berjaya meraih RM13 juta pada minggu pertama tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei secara tidak langsung menyerlahkan pembabitan alumni FTMK UTeM menerusi industri animasi negara.

Alumni UTeM tersebut adalah Muhammad Nawawi Mohamad Ismail dan Phang Li Mi yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Media Interaktif) dengan kepujian yang telah bergraduat atau menamatkan pengajian di UTeM pada tahun 2017 dan 2016 lalu.

Mereka berdua merupakan senior 3D Animator di bawah payung seliaan WAU Animation dan telah terlibat secara langsung dalam produksi bagi penghasilan Ejen Ali.

Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim berkata, UTeM terus berperanan dan berjaya dalam menghasilkan graduan yang terus menepati kehendak pasaran semasa sekaligus memberi impak positif kepada negara secara khususnya dan global amnya.

Jelasnya, selari dengan itu maka kadar kebolehpasaran UTeM terus menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dan amat positif apabila UTeM berada di tangga ketiga teratas peratusan kebolehparasaran graduan dalam kalangan universiti-universiti awam dalam negara.

Mengulas mengenai graduan tersebut jelas membuktikan akan konsep pengajaran dan pembelajaran UTeM secara khususnya dalam konteks teknologi maklumat dan komunikasi serta media inteaktif amat relevan dan menyerlah dalam bidangnya.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

042544840