Kelab Badan Dakwah dan Rohani (BADAR), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Karnival Penghayatan Islam ke-10 bertempat di  Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka.

Karnival Penghayatan Islam ke-10 yang telah berlangsung bermula 2 November dan tamat pada 3 Disember 2019 tersebut telah melibatkan Pejabat Hal Ehwal Pekajar (HEP) UTeM bersama Pusat Islam dalam pelbagai pengisian yang diadakan sepanjang sebulan penganjuran karnival tersebut.

Karnival Penghayatan Islam yang telah mencapai 10 tahun penganjurannya ini dianjurkan bertujuan untuk memberikan pengisian berserta penerapan ciri-ciri islam dan nilai-nilai murni dalam setiap aktiviti yang diadakan bersempena dengan Majlis Konvokesyen tahunan serta menjadi tarikan utama kepada warga UTeM dan masyarakat sekeliling.

Pengarah Program Karnival Penghayatan Islam, Muhammad Hafizuddin Mansor berkata, program ini mengangkat tema "Ke Arah Kasih Mengukuhkan Perpaduan" sebagai seruan kepada perpaduan  masyarakat majmuk di UTeM.

Jelas beliau, sebanyak 5 program utama menjadi pengisian iaitu Forum Role Model Anak Muda Islam sekitar Dakwah dan Kerjaya, Cultural Day, Fund Run, Sembang Santai dan kemuncak program adalah Malam Kesenian Islam yang berlangsung di pentas utama pesta konvo UTeM ke-15 pada malam 3 Disember 2019 yang dihadiri ribuan pengunjung yang terdiri daripada mahasiswa dan kakitangan UTeM serta masyarakat setempat.

Program ini turut memberi manfaat kepada para mahasiswa yang terlibat dalam pengurusan penganjuran ini kerana dapat mengasah bakat dan melatih mereka dalam pelbagai kemahiran dan pelbagai sudut yang boleh membawa kebaikan kepada diri, masyarakat, agama dan negara.

Majlis perasmian yang berlangsung telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTeM, Prof. Datuk Dr. Mohd Razali Muhamad dengan dihadiri kira-kira 300 orang mahasiswa.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

042543525