Lima orang mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menjadi juara PUBG Mobile Campus Championship 2019 (PMCC) yang berlangsung semalam bertempat di IOI Mall, Puchong, Selangor, baru-baru ini.

Kejayaan ini sekaligus melayakkan mereka berlima Mohamed Alif Najmi Ikmil Hazri, Danial Irfan Abd Halim, Muhamad Haziq Haikal Kamarudin dan Ariz Mustaffar dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal manakala seorang lagi iaitu Wan Ashraf Idham Wan Abdullah dari Fakulti Kejuruteraan Pembuatan membawa pulang hadiah keseluruhan berjumlah RM18,000.00.

Daripada 7 "regional qualifiers" dari seluruh Malaysia, 16 pasukan terbaik antara universiti telah berkumpul pada 24 November untuk perlawanan terakhir di sini yang mana pasukan dari UTeM telah berjaya mempawa pulang johan keseluruhan berjumlah RM18,000 bersama satu tempat khas untuk PUBG Mobile National Championship yang berlangsung pada tahun 2020 kelak.

PUBG Mobile Campus Championship Malaysia 2019 merupakan kejohanan e-sukan antara universiti yang pertama untuk PUBG Mobile, dibawakan oleh Yoodo menjadi platform kepada para pelajar untuk mewakili universiti atau kolej mereka dan juga mempamerkan bakat serta kebolehan mereka dalam permainan tersebut.

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim mengucapkan tahniah atas kemenangan yang dikecapi mereka menerusi bidang e-sukan yang semakin membangun di Malaysia.

Jelas beliau, kejayaan tersebut turut menyerlahkan bahawa mahasiswa dari bidang kejuruteraan kini tidak hanya menyerlah dalam akademik semata-mata malahan turut berkepakaran luas dan punyai bakat dalam bidang games yang semakin berkembang pada masa kini,

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTeM, Prof. Madya Dr. Nurulfajar Abd. Manap menyatakan E-sukan seperti PUBG, Mobile Legends, CS:Go yang dilihat sebagai salah satu dari cabang E-sukan tidak lagi dipandang sebagai perkara yang membazirkan masa namun dilihat sebagai cabang untuk memupuk semangat kesukanan dan melahirkan bakat-bakat e-sukan baru tanah air.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

040720048