Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus berprestij di persada dunia lalu telah membuatkan banyak universiti dan industri ternama dari seluruh dunia telah dan sedia menjalinkan kerjasama strategik berimpak tinggi dengannya.

Selari dengan itu maka Pejabat Naib Canselor, UTeM telah menerima kunjung hormat dari Jiangxi University of Applied Science, China dan ZTE Management LTD di kampus induk UTeM, Durian Tunggal, baru-baru ini.

Pertemuan serentak dari Jiangxi University of Applied Science, China tersebut telah diketuai oleh Huang Yulin manakala delegasi ZTE Management LTD pula telah diwakili oleh Pengerusi mereka, Zhang Renjun.

Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim menyatakan bahawa perbincangan berkenaan lebih tertumpu kepada perangkaan corak kerjasama strategik antara kedua-dua belah pihak.

Jelasnya, perbincangan turut menyentuh mengenai program mobiliti pelajar dan kakitangan akademik UTeM bersama Jiangxi University of Applied Science dan hasrat mereka untuk menghantar pelajar mobiliti mereka ke UTeM selepas perbincangan lanjut diputuskan.

Perbincangan turut menyentuh mengenai perkongsian ilmu menerusi penyelidikan bersama di antara penyelidik UTeM bersama penyelidik Jiangxi University of Applied Science di samping menjalankan penyelidikan bersama menerusi program mobility kakitangan kelak.

Perbincangan bersama ZTE Management LTD turut membuka peluang kepada pelajar UTeM untuk menjalankan praktikum di industri mereka di samping memberikan peluang kepada pelajar UTeM yang berkelayakan untuk memulakan kerjaya mereka.

Sepintas lalu, Jiangxi University of Applied Science merupakan sebahagian dari Jiangxi University of Science and Technology yang mana ditubuhkan dari tahun 1958 terletak di Bandar Ganzhou, Wilayah Jiangxi, China.

Sementara itu ZTE Management LTD pula merupakan sebahagian dari ZTE Corporation yang merupakan syarikat multinasional yang terkenal sebagai salah satu dari pengeluar peralatan telekomunikasi terkemuka di China.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

040719431