Tiga orang mahasiswa Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya membawa pulang dua pingat perak dan satu pingat gangsa menerusi pertandingan World Skills Malaysia Belia (WSMB’2019). 

Mereka bertiga telah menerima anugerah berkenaan menerusi majlis penyampaian hadiah dan pingat yang dikenali Majilis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC) semalam.

Ahmad Adi Iman Zuraidi telah membawa pulang pingat perak serta wang tunai RM2500 dan Lim Heng Kai membawa pulang pingat gangsa dan wang tunai RM1500 menerusi kategori IT Software Solution for Business manakala Aina Farhanah Zailan pula telah membawa pulang pingat gangsa dan wang tunai berjumlah RM1500 menerusi kategori Web Technologies.

Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga mahasiswa berkenaan atas kejayaan  mereka di samping melonjakkan nama UTeM terus bersinar di peringkat nasional sekaligus ke persada dunia.

Ujarnya, kemenangan yang diraih bakal membuka ruang kepada mahasiswa yang memenangi pertandingan tersebut untuk bertanding di peringkat ASEAN Skills Competition (ASC) dan World Skills Competition (WSC).

Sementara itu, Dekan FTMK, Gs. Dr. Othman Mohd dalam ulasannya menyatakan bahawa terdapat tiga kategori yang disertai oleh mahasiswa UTeM sewaktu pertandingan tersebut iaitu Graphic Design Technology, Web Development and Design dan IT Software Solution for Business.

Tambah beliau, sekalung penghargaan turut diberikan kepada jurulatih dan juga pakar negara dalam bidang Web Technologies iaitu Shahril Parumo dan jurulatih bagi bidang IT Software Solution for Business iaitu Maslita Abd Aziz, Nor Mas Aina Md Bohari dan Yahya Ibrahim kerana sudi menyumbangkan kepakaran, idea dan masa bagi memastikan mahasiswa UTeM mengungguli kategori mereka.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

040719641