Mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyerlahkan kreativiti mereka dengan menggambarkan konsep tangkas, unggul, adaptif dan holistik atau lebih dikenali sebagai TUAH menerusi lukisan mural di dinding bangunan Kampus Teknologi UTeM, Ayer Keroh.

Program tersebut merupakan  Pertandingan Mural antara fakulti melibatkan lapan buah fakulti yang terdapat di UTeM yang dianjurkan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar, UTeM, baru-baru ini 

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTeM, Prof. Madya Dr. Nurulfajar Abd Manap berkata, mural yang ditonjolkan ini adalah membawa tema TUAH yang merupakan representasi kepada ciri-ciri mahasiswa yang dilahirkan UTeM di samping menyerlahkan bakat seni yang mereka miliki. 

Ujar beliau, walaupun terikat dengan sesi pembelajaran, kelab dan pelbagai lagi aktiviti yang dianjurkan oleh universiti, mahasiswa yang terlibat sempat meluangkan masa yang ada dalam menzahirkan aspirasi mereka terhadap representasi TUAH menerusi penghasilan mural tersebut.

"Sehubungan itu, mural yang dihasilkan turut menjadi salah satu mercu bagi menarik perhatian ramai pihak yang terdiri daripada warga UTeM serta pelawat dari luar," ulas beliau lagi.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan hadiah dan mengucapkan tahniah kepada barisan pemenang serta mahasiswa yang terlibat dalam menjayakan program penghasilan mural ini.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

040717234