Warga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus prihatin dalam aspek kebajikan merentas negeri termasuklah dalam usaha santuni masyarakat orang asli.

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, UTeM bukan hanya tertumpu kepada pembangunan akademik, penyelidikan dan inovasi semata-mata malah turut membangun bersama dengan komuniti.

Jelas beliau, banyak program yang melibatkan aktiviti tanggingjawab sosial korporat (CSR) yang dibuat oleh UTeM samada daripada kakitangan mahupun pelajar universiti ini.

Antara program terbaru adalah Program Kayuhan Sentuhan Kasih Bersama Masyarakat Orang, Kampung Sungai Ubi, Tanah Rata, Cameron Highland dan Latihan Persediaan VCC 2019 sebelum ini.

Menurut Timbalan Pendaftar, Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi merangkap Pengarah Program, Azhar Mohd Salleh berkata, antara objektif kayuhan ini adalah untuk membantu masyarakat Orang Asli di Tanah Rata, Cameron Highland.

Jelas beliau, program ini bermula pada 12 Oktober 2019 (Sabtu) dengan program kayuhan sejauh 183 kilometer yang bermula dari Tanah Rata, Berinchang, Simpang Pulai, Tapah dan Tanah Rata.

“Pada hari berikutnya pula misi CSR bermula dengan membantu melengkapkan kelengkpan surau seperti sejadah, naskah Al Quran, buku Iqra, telekong, kain pelikat, serta kerja-kerja membaik pulih atap suraudan pemasangan lampu.

“Pasukan CSR juga turut melakukan penyerahan pakaian terpakai, makanan ringan dan barangan persekolaan dan wang ringgit yang disumbangkan oleh Warga UTeM,” ujar beliau lagi.

Menurut beliau, projek CSR ini mencapai objektifnya iaitumenyelami dan mambantu masyarakat orang asli, memupuk dan menyemai rasa kemanusiaan dan cintakan alam sekitar serta mempromosikan UTeM di mata masyarakat.

Program ini merupakan usahasama dibuat antara Kelab Berbasikal XCTS UTeM (BAKUTeM) dan Pusat Sukan, Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTeM dan melibatkan 16 orang peserta yang terdiri daripada 12 orang staf dan 4 orang pelajar.

Terdahulu, Slot Penyerahan Bendera dan Gimik Pelepasan telah di sempurnakan Ketua Setiausaha KPM Dato` Dr. Mohd Ghazali Abas, Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim serta pengurusan tertinggi UTeM yang berlangsung di Dewan Canselor UTeM sebaik sahaja tamat Majlis Perasmian Penutup UTEMEX 2019 lalu.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

039596609