Mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus prihatin dalam melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat  (CSR) di negeri ini.

Antaranya adalah program CSR yang telah dilaksanakan oleh ahli- ahli Kelab Persatuan Pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (CHAMPION) iaitu pembersihan kawasan peranginan di Pengkalan Balak, Melaka, baru-baru ini.

Menyedari kawasan tumpuan umum yang dalam keadaan memerlukan perhatian bagi keselesaan kepada pengunjung, seramai 40 orang sukarelawan UTeM mengambil inisiatif membersihkan persekitaran Pantai Pangkalan Balak yang sering menjadi tumpuan ramai.

Program tersebut mendapat kerjasama Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dengan menyediakan plastik sampah dan jengkaut bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan.

Menurut Pengarah Program dari CHAMPION, Ahmad Bukhari Abd Halim, pihaknya sentiasa bersedia menggerakkan sukarelawan dari institusi itu bagi melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) jika diperlukan demi kepen­tingan masyarakat.

“Kami juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak  yang sama-sama turun padang bagi menjayakan program kali ini dan berharap kerjasama itu akan berterusan,” katanya lagi.

Sementara itu wakil pihak SWCorp berkata, pihaknya amat mengalu-alukan program seumpama ini.

Kami berharap dengan pelaksanaan aktiviti sebegini dapat memupuk kesedaran kepada semua lapisan masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar khususnya di tempat-tempat awam di daerah ini.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

039597307