Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Program hari Akademia bagi tahun 2019 bertempat di Pusat Sukan UTeM dan kawasan sekitar Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, baru-baru ini.

Program anjuran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) ini membawakan tema ‘Akademia Bersama Masyarakat’, program Hari Akademia ini berteraskan kepadan inisiatif dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim menyatakan bahawa pengiktirafan Hari Akademia ini adalah menyokong aspirasi Menteri Pendidikan Malaysia bagi menghargai jasa dan sumbangan seluruh kakitangan akademik di pelbagai peringkat pengajian lepasan sekolah merangkumi institusi pendidikan tinggi awam dan swasta (IPTA/S), Institut Pendidikan Guru (IPG), Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Matrikulasi serta Institut Latihan dan Kemahiran (ILK) dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan vokasional (TVET).

Tambah beliau lagi, penganjuran program ini turut diselikan dengan pelbagai aktiviti akademia bersama masyarakat setempat sepanjang tahun 2019 bagi mendekatkan dan memperkenalkan kepada masyarakat mengenai sumbangan para ahli akademia kepada masyarakat.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTeM, Profesor. Datuk Dr. Mohd Razali Muhamad berkata, pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut termasuklah aktiviti senamrobik, cabutan bertuah dan UTeM Academia Walk sejauh lima kilometer.

Ujarnya, program seumpama itu berupaya meningkatkan lagi hubungan baik di antara ahli akademia dengan masyarakat sekitar Melaka di samping melahirkan generasi yang lebih sihat, aktif dan berilmu.

Mengulas lanjut beliau berkata, dengan aktiviti santai bersama masyarakat tersebut, diharapkan agar dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai kesedaran berkenaan sumbangan akademia kepada masyarakat dan industri, terutamanya dalam menghasilkan graduan TVET yang kompeten.

Program tersebut telah bermula dari awal pagi dengan aktiviti senamrobik dan seterusnya UTeM Academia Walk,  cabutan bertuah dan berakhir dengan penyampaian hadiah pada waktu tengah hari.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

039597177