Selari dengan aspirasi nasional bagi memupuk budaya membaca maka Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah melancarkan program Read@Uni semalam.

Majlis pelancaran ini telah diadakan di Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), kampus induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka.

Majlis Pelancaran ‘Read@Uni’ peringkat universiti ini merupakan salah satu usaha UTeM untuk menyokong kempen Dekad Membaca Kebangsan (DMK) 2021-2030 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pelancaran tersebut telah disempurnankan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM (LPU), Academician Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, FASc.

Turut bersama adalah Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim serta Ketua Pegawai Maklumat (CIO) UTeM, Isa  Mohd Dom, pengurusan tertinggi universiti, pegawai-pegawai kanan, serta kakitangan universiti dan mahasiswa UTeM.

Menurut Profesor Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim, Program Read@Uni UTeM ini diadakan bertujuan untuk memperkasakan budaya membaca dan cintakan ilmu, di kalangan seluruh warga universiti.

Jelas beliau, membaca merupakan amalan yang mulia dan amat penting dalam membentuk masyarakat yang berilmu dan lebih bertamadun tidak kiralah apa jua genre dan jenis bahan bacaan, amalan ini hendaklah disemai dan dibudayakan di dalam diri kita semua.

Katanya, amalan membaca juga berupaya melahirkan knowledge society yang mempunyai minda kelas pertama serta berfikiran kritis dan terkehadapan, selain dapat menerapkan budaya literasi sebagai nilai tambah kepada setiap diri individu.

Kemuncak kepada majlis tersebut adalah sesi perkongsian pengalaman dan pengetahuan Pengerusi LPU dalam slot My Golden Experience ketika zaman pembelajarannya dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di King College London.

Dalam majlis yang sama, pengurusan tertinggi universiti turut menyumbangkan buku koleksi peribadi kepada PLH untuk pembangunan koleksi perpustakaan bagi dimanfaatkan kepada seluruh warga universiti.

Antara aktiviti Read@Uni yang telah dan dilaksanakan adalah seperti Bedah Buku, Agency Talk, Bengkel Speed Reading, bengkel penulisan penyelidikan, pertandingan debat mahasiswa dan lain-lain.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

039597216