Sekumpulan mahasiswa dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya mengungguli tempat pertama bagi kategori IPTA dan IPTS  Zon Selatan (Johor, Melaka, Negeri Sembilan) dalam Cabaran Inovasi Inklusif 2019 yang diadakan baru-baru ini.

Kejayaan mahasiswa UTeM ini menerusi keunggulan projek mereka Artificial Intelligent Based Education Tool for Early Childhood Education yang merupakan aplikasi pendidikan bagi kanak-kanak lingkungan umur 4 ke 12 tahun.

Mereka adalah terdiri daripada pelajar Tahun 4, Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Komputer (Sistem Komputer), FTKEE iaitu Nurul Najwa Zawawi, Nur Aliah, Mohamad Napiah dan Muhammad Rais Mohd Saleh bersama penyelia mereka Jurutera Pengajar Noor Mohd Ariff Brahin dan Farees Ezwan Mohd Sani dari fakulti yang sama telah membangunkan projek berkenaan sejak setahun lalu.

Projek yang dihasikan adalah menggunakan teknologi kecerdasan buatan atau Artificial Inteligence (AI) yang membolehkan aktiviti pembelajaran kanak-kanak dengan menggunakan telefon pintar atau tablet berlaku dalam keadaan yang lebih interaktif.

Projek ini merupakan sebahagian daripada Projek Sarjana Muda pelajar tersebut sepintas lalu turut telah berjaya memenangi pingat emas berserta ANS Nation Creative and Innovation Award di International Festival of Innovation on Green Technology (I-FINOG) 2019 dan pingat perak di pertandingan 30th International Invention & Innovation Exhibition (ITEX) 2019 sebelumnya.

Naib Canselor UTeM, Prof. Dr. Raha Abdul Rahim gembira dengan berita pencapaian ini dan beliau berharap mahasiswa UTeM terus mempamerkan kecemerlangan inovasi dan kreativiti secara konsisten.

Ujarnya, pelajar UTeM mempunyai potensi dan peluang yang meluas dalam menzahirkan kepakaran dan ilmu yang dipelajari di UTeM sekaligus memberikan impak kepada masyarakat dan negara.

Penyelia Kumpulan selaku Jurutera Pengajar iaitu Noor Mohd Ariff Brahin sewaktu mengulas lanjut mengenai kejayaan tersebut menyatakan bahawa projek ini merupakan hasil kerja kerja keras, komitmen dan kerjasama para pelajar dari peringkat awal kajian hinggalah ke peringkat pembangunan dan ujian aplikasi dengan mengambil kira keperluan dan penggunaan sebenar kanak-kanak dengan mendapatkan maklumbalas daripada pihak tadika selain menguji sendiri sistem tersebut bersama pelajar tadika dalam proses pembangunan produk.

Cabaran Inovasi Inklusif 2019 ini merupakan anjuran Yayasan Inovasi Malaysia yang diadakan bertempat di salah sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

038450820