Mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus prihatin dalam melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat antaranya adalah memelihara dan membersihkan habitat pemeliharaan penyu karah di Padang Kemunting, Melaka, baru-baru ini.

Program ini telah dijayakan seramai 38 orang ahli- ahli Kelab Persatuan Pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan  (CHAMPION) bersama 2 orang pensyarah fakulti berkenaan.

Menurut Pengarah Program, Nor Amirul Sulaiman berkata antara objektif program tersebut adalah memupuk nilai murni yang tinggi dalam kalangan mahasiswa akan kesedaran memelihara habitat dan spesis penyu yang kian terancam.

Jelas beliau, dengan adanya program ini, masyarakat dapat memahami betapa pentingnya penjagaan ekosistem ini agar habitat penyu terus dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

Ujarnya, mereka membersihkan kawasan disekeliling tempat pemeliharaan penyu karah ini agar tempat pembiakan penyu ini terjamin dari sebarang ancaman daripada manusia akibat pembuangan sampah dan sebagainya.

“Selain itu, kawasan tempat simpan telur penyu turut dibersihkan supaya penggalian dari dalam tanah oleh anak penyu akan lebih mudah tanpa halangan, ujarnya lagi.

Menurut beliau, sebagai tanda terima kasih daripada pihak pengurusan Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu mahasiswa UTeM telah diberi peluang merasai pengalaman melepaskan anak-anak penyu dari pantai ke laut.

Program ini turut disertai Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar FTKMP, Dr. Nur Hazwani Mokhtar, Penasihat Kelab Persatuan Pelajar FTKMP (CHAMPION), Dr. Mohd Fauzi Mamat.

Sementara itu, Naib Canselor UTeM, Profesor Dr Raha Abdul Rahim berkata, program CSR yang melibatkan pelajar ini adalah antara elemen yang memberikan pendedahan unik kepada mereka terhadap komuniti dan persekitaran semasa.

“Semoga pengisian ini memberikan impak yang bermanfaat kepada mahasiswa agar sentiasa peka dan prihatin dan terus cakna kepada persekitaran,

“Sebagai mahasiswa universiti, selain daripada tertumpu kepada bidang akademik dan pengajian mereka juga perlu terlibat dengan aktiviti CSR sekaligus mencorak karekter pelajar yang holistik,” kata beliau lagi.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

038449666