i@UTeM
UTeM Mail
Wednesday, 12 August 2020

Pensyarah UTeM Kongsi Kepakaran Bantu Universiti Indonesia Serlahkan Penganjuran dan Pengisian Persidangan Dunia

Sekumpulan pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berkongsi kepakaran mereka dengan membantu Brawijaya University, Indonesia bagi menjayakan penganjuran International Conference on Engineering and Management in Industrial System (ICOEMIS) di Indonesia, baru-baru ini.

Persidangan antarabangsa ICOEMIS ini merupakan persidangan yang pertama kali dianjurkan oleh Department of Industrial Engineering, Faculty of Engineering, Brawijaya University, Indonesia.

Menurut Prof. Madya Dr. Effendi Mohamad yang juga bertindak sebagai pengerusi bersama bagi program ini berkata, kami amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Brawijaya University atas kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk berkongsi kepakaran dalam penganjuran serta kepada para peserta yang hadir di persidangan yang memberikan impak dunia ini.

Jelas beliau, peluang menarik yang kami terima ini dimanfaatkan sebaiknya selari sebagai usaha dalam memperkenalkan UTeM ke mata dunia mengikut saranan Naib Canselor UTeM, Prof. Dr. Raha Abdul Rahim agar mempergiatkan lebih banyak agenda pengantarabangsaan UTeM di persada dunia termasuklah menerusi persidangan.

Selain beliau, kumpulan pensyarah FKP UTeM yang menyumbang kepakaran mereka adalah adalah terdiri daripada Ir. Dr. Muhamad Arfauz A Rahman, Dr. Mohd Amri Sulaiman, Prof. Madya Dr. Nur Izan Syahriah Hussein, Prof. Madya Dr. Mohd Rizal Salleh dan Nor Akramin Mohamad juga telah dijemput sebagai Session Chair dan Reviewer pada persidangan tersebut.

Pada persidangan tersebut juga, salah seorang dari pasukan beliau iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Rizal Salleh telah diberi penghormatan dilantik sebagai salah seorang dari penyampai ucaptama pada persidangan tersebut.

Di samping itu, salah satu daripada kertas perbentangan dari penyelidik UTeM yang dianggotai oleh Muhamad Arfauz A Rahman, Muhamad Hakim Rahman, Effendi Mohamad, Azrul Azwan Abdul Rahman, Mohd Rizal Salleh dan John P.T MO bertajuk Enhancing the Automatic Quality Inspection in Manufacturing Process through Parameter Optimization telah dipilih sebagai Best Presented Paper yang diadili merangkumi persembahan perbentangan dan kualiti Kertas Persidangan tersebut.


Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia.
Tel : +606 270 1000
Fax : +606 270 1022
Email : webmaster@utem.edu.my

Newsletter

Subscribe to UTeM newsletter. Don’t miss any news or stories.

We do not spam!