Sepasang kembar dan dua pasang adik beradik telah mendaftar diri sebagai mahasiswa bagi mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di kampus induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka, baru-baru ini.

Pasangan kembar perempuan berasal dari Kuala Lumpur iaitu Nasha Athilah Zainal dan Nasha Athirah Zainal (berusia 22 tahun) memilih UTeM bagi melanjutkan pengajian mereka bersama-sama di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE).

Sementara itu, pasangan adik beradik lelaki, Abdul Hannan Yusop (23 tahun) dan Abdillah Safwan Yusop (19 tahun) yang berasal dari Sarawak pula turut berjaya menyambung pengajian di UTeM dalam jurusan yang sama iaitu Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK).

Sepasang lagi pasangan adik beradik berasal dari Ipoh Perak, Joseph Ananthan A/L Rajindrin (23 Tahun) yang merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dan Yanageswaran Charles A/L Rajindrin (22 Tahun) yang merupakan pelajar jurusan Ijazah Saraja Muda Kejuruteraan Mekanikal .

Hari pendaftaran pelajar baharu terus memaparkan keunikan fenomena tersendiri dan dapat dilihat pada raut wajah setiap ibu bapa, penjaga dan waris yang hadir dengan rasa gembira melihat anak mereka memulakan langkah pertama pengajian di universiti ini.

Pelbagai dugaan seperti menempuh perjalanan yang jauh bagi sesetengah keluarga yang berasal luar dari negeri Melaka sehingga ada yang terpaksa bermalam di rumah saudara mara berdekatan untuk mendaftarkan anak mereka

Naib Canselor UTeM, Profesor Dr. Raha Abdul Rahim mengucapkan tahniah kepada mahasiswa yang telah terpilih dan mendaftar pengajian di UTeM  dan beliau turut gembira dengan semangat dan dedikasi yang telah ditonjolkan mereka sehingga berjaya melanjutkan pengajian di menara gading.

Beliau berkata, UTeM terus menjadi pilihan bagi pelajar yang ingin mengikuti pengajian teknikal yang terdiri daripada bidang kejuruteraan, teknologi kejuruteraan, teknologi maklumat dan komunikasi serta pengurusan teknologi dan teknousahawanan.

Menerusi pendaftaran pelajar yang diadakan pada Selasa lalu (3 September 2019) UTeM telah menerima pelajar baharu seramai 2184 orang menerusi 8 Fakulti dengan 31 kursus yang ditawarkan.

Kemasukan pelajar yang diterima tersebut adalah bagi Ijazah Sarjana Muda manakala terdahulu UTeM telah menerima pelajar Diploma seramai 470 Orang yang telah mendaftar pada 24 Jun 2019 lalu.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

037353420