Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima kemasukan pelajar baharu seramai 2184 orang bagi Ijazah Sarjana Muda.

Pendaftaran tersebut telah berlangsung di Dewan Canselor, kampus induk UTeM, Durian Tunggal.

Kemasukan pelajar baharu ini memenuhi 31 kursus yg ditawarkan di lapan fakulti.

Mereka bakal menempuh Minggu Haluan Siswa bersama Pelajar Diploma seramai 470 Orang yang telah mendaftar pada 24 Jun lalu.

Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan telah mencatat jumlah kemasukan pelajar paling ramai sebanyak 413 orang menerusi empat kursus yang ditawarkan diikuti dengan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi seramai 398 orang menerusi tujuh kursus yang ditawarkan fakulti tersebut.

UTeM turut mencatat sejarah tersendiri apabila buat julungkalinya, pendaftaran pelajar telah dijalankan menerusi atas talian sepenuhnya dan UTeM turut berjaya melaksanakan bayaran yuran pelajar baharu secara tanpa tunai (Cashless) sepenuhnya.


Naib Canselor UTeM, Prof. Dr. Raha Abdul Rahim mengucapkan selamat datang kepada kesemua para pelajar baharu dan berharap agar kesemua pelajar yang mendaftar memanfaatkan peluang dalam melanjutkan pengajian di UTeM.

Ujarnya lagi sewaktu menyantuni mahasiswa dan mahasiswi baru UTeM sesi 2019/2020 turut mengucapkan tahniah kepada semua petugas yang terdiri daripada para mahasiswa dan mahasiswi UTeM dan kakitangan pejabat yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam membantu memastikan urusan pendaftaran para pelajar menjadi lancar dan terkawal.

Fakulti terbaharu UTeM iaitu Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan telah menerima kemasukkan pelajar buat kali kedua dengan jumlah pelajar seramai 373 dan 345 orang dengan penawaran kursus sebanyak 7 kursus bagi setiap fakulti.

Fakulti Kejuruteraan Elektrik pula telah menerima kemasukan pelajar seramai 218 orang dengan penawaran kursus sebanyak dua kursus dan Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer pula menerima kemasukkan pelajar sebanyak 166 orang dengan penawaran kursus sebanyak dua kursus bagi fakulti tersebut.

Dua lagi Fakulti Kejuruteraan iaitu Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan yang masing-masing menawarkan satu kursus bagi setiap fakulti telah menerima kemasukkan pelajar seramai 208 orang dan 63 orang pelajar.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

037351772