Pejabat Naib Canselor, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima kunjungan hormat dan lawatan kerja daripada delegasi HUAWEI Technologies Malaysia Sdn Bhd di Kampus induk UTeM, Durian Tunggal, baru-baru ini.

Naib Canselor UTeM, Prof. Dr. Raha Abdul Rahim berkata, dalam pertemuan tersebut kedua-dua belah ada membincangkan beberapa inisiatif dan rangka kerjasama yang boleh dilaksanakan antara Huawei dan UTeM.

Jelasnya, beliau berbesar hati dan terharu atas kesudian pihak Huawei yang memilih UTeM sebagai rakan kerjasama strategik universiti dan industri menerusi perkongsian kepakaran bagi pembangunan produk mereka.

Dalam pertemuan ini, pihak Huawei turut menyatakan hasrat untuk menubuhkan Akademi ICT HUAWEI di UTeM bagi memperhebatkan lagi proses perkongsian teknologi terkini di Malaysia. 

Pada pertemuan ini delegasi dari Huawei diketuai oleh Ketua Jabatan Huawei ICT Academy, Huawei Malaysia, Sheng Naiting, wakil Jabatan Perhubungan Awam, Huawei Malaysia, Simon Ng serta wakil Bahagian Hubungan Industri, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, John Cruyff Md Nordin.

Turut bersama dalam pertemuan ini daripada pihak UTeM adalah Timbalan Naib Canselor, (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM, Prof. Dr. Zulkifilie Ibrahim, Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UTeM, Prof. Dr. Goh Ong Sing, dekan-dekan fakulti dan pengarah-pengarah dan timbalan pengarah dibawah Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UTeM.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

037352126