Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus memberikan perhatian dan komitmen secara serius berhubung kebersihan Sungai Melaka yang telah menjadi sebahagian daripada ikon pelancongan negeri ini.

Penekanan serius ini telah dizahirkan apabila seramai 30 orang kakitangan dan mahasiswa UTeM telah menjayakan program membersihkan Sungai Melaka baru-baru ini.

Program ini telah dijayakan dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) melibatkan laluan sungai dari Jeti Taman Rempah hingga ke kawasan pembangunan Sungai Melaka Fasa 2 berdekatan Terminal Melaka Sentral.

Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UTeM, Prof Ts. Dr. Goh Ong Sing berkata, kebersihan Sungai Melaka perlu diberi perhatian serius kerana ia adalah nadi kepada kehidupan.

Jelas beliau, UTeM berhasrat untuk bersama-sama menyumbang kepada pemuliharaan Sungai Melaka yang juga merupakan destinasi pelancongan penting di negeri ini.

“Di samping itu program ini turut memupuk semangat cintakan sungai dan mewujudkan kesedaran di kalangan komuniti setempat akan pentingnya menjaga sungai kita,” katanya lagi.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini turut mendapat perhatian Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, YB Datuk Dr Wong Fort Pin yang turut bersama-sama warga UTeM ketika aktiviti pembersihan dijalankan.

Sementara itu, Naib Canselor UTeM, Profesor Dr Raha Abdul Rahim berkata, UTeM selaku institusi kecemerlangan ilmu yang berada di negeri Melaka sentiasa menitikberatkan aspek kebaikan komuniti bersama.

“Dengan terlaksananya program sebegini telah merealisasikan bahawa kami sentiasa dengan kepimpinan negeri dalam memelihara dan memulihara Sungai Melaka sekaligus meningkatkan imej pelancongan negeri ini,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, UTeM turut telah diberi kepercayaan oleh kerajaan Negeri Melaka untuk mengetuai kluster Smart Environment & Smart Energy di bawah inisiatif Melaka Smart City.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

037351790