Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan forum bertajuk “Empowering Women in Engineering, Research and Education: How?” bertempat di Kampus Teknologi UTeM, Ayer Keroh, baru-baru ini.

Program ini dijalankan dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Penyelidikan (CoE) CARe, Pusat Kecemerlangan dan Kesarjanaan Akademik (CAES), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), UTeMASA dan Women Engineer Section, The Institution of Engineer (IEM).

Dekan FKM UTeM, Dr Ruztamreen Jenal berkata, antara objektif forum tersebut adalah bertujuan meningkatkan motivasi dan memberi inspirasi kepada peserta terutamanya kepada kaum wanita dalam memperkasakan kerjaya sama ada dalam bidang pendidikan, penyelidikan mahu pun industri.

Jelas beliau, forum yang dianjurkan ini turut menjadi platform sebagai medan dalam perkongsian ilmu, pengalaman dan juga tempat rujukan kepada permasalahan dan cabaran kerjaya pada masa kini.

Katanya, program ini juga amat bersesuaian untuk diteruskan pada masa akan datang sebagai aktiviti tahunan fakulti, CARe dan penganjur bersama dengan penglibatan peserta yang lebih meluas dari pihak industri dan juga Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang lain.

Sementara itu, Naib Canselor UTeM, Profesor Dr Raha Abdul Rahim berkata, program ini selari dengan galakan dan usaha kerajaan untuk memperkasakan penglibatan wanita di dalam bidang sains, kejuruteraan, teknologi dan matematik (STEM).

Katanya, forum ini turut menjadi platform kepada jurutera wanita mahupun penyelidik atau pendidik wanita untuk berinteraksi secara dekat dengan tokoh-tokoh wanita sama ada dari kaca mata profesor wanita mahupun jurutera wanita professional agar dapat memberi aspirasi dan motivasi kepada semua peserta.

Forum yang berlangsung telah dihadiri oleh empat tokoh wanita ternama iaitu Prof. Ir. Dr. Haslenda Hashim dari Universiti Teknologi Malaysia, Ir. Dr. Jeyanthi Ramasamy dan Ir. Mah Siew Kien dari The Institution of Engineers Malaysia (IEM) dan Prof. Madya Dr. Jariah Mohamad Juoi dari UTeM di samping Moderator dari UTeM iaitu Dr. Rafidah Hasan.

Mereka dijemput sebagai panel forum bagi sesi perkongsian ilmu dan pengalaman berdasarkan kecemerlangan mereka dalam bidang kerjaya masing-masing menerusi pelbagai latar belakang yang berbeza seperti dari industri, dari Institusi Pengajian Tinggi, (IEM) dan juga UTeM.

Forum selama tiga jam tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Exco Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Melaka, Genie Lim Siew Lin.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

037352433