Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Prof. Dr. Raha Abdul Rahim telah melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat UTeM bertempat di Dewan Canselor UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal pada 7 Ogos 2019 lalu.

Program ini sekaligus menzahirkan UTeM menyahut seruan nasional sempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 Peringkat Kebangsaan yang membawa tema ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ bertempat di padang Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka yang diadakan sebelumnya.

Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat UTeM ini diadakan bersekali dengan Majlis Aspirasi UTeM Bersama Naib Canselor yang mana dihadiri lebih 1,500 kakitangan UTeM daripada kalangan pentadbir dan ahli-ahli akademik universiti ini.

Prof. Dr. Raha menyatakan pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang tersebut merupakan program tahunan yang diadakan oleh UTeM sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia pada bulan Ogos setiap tahun.

Katanya, Jalur Gemilang yang dikibar melambangkan kesetiaan, kesatuan dan patriotisma yang seharusnya dipupuk dalam diri setiap warga UTeM secara khususnya, dan penduduk Malaysia umumnya.

Tambahnya, warga UTeM turut disaran untuk menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan ini dengan mengibar jalur gemilang di rumah, di pejabat bahkan pada kenderaan masing-masing supaya sambutannya lebih meriah lagi.

Terdahulu, pada Majis Aspirasi UTeM Bersama Naib Canselor yang berlangsung serentak sebelum pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang, Dr. Raha turut berkongsi mengenai kejayaan semasa UTeM serta harapan pencapaian selanjutnya bersama warga UTeM yang hadir pada majlis tersebut.

Antara kejayaan yang disentuh adalah seperti kejayaan UTeM yang telah berjaya menerima geran penyelidikan dengan amaun jutaan ringgit daripada pelbagai pihak dari seluruh dunia sekaligus mencerminkan kepakaran UTeM terus diiktiraf di persada global.

UTeM turut menyerlah dengan pelbagai pencapaian lain seperti kejayaan penyelidik UTeM mengetuai kajian penyelidikan fenomena kilat di Antartika, penerimaan anugerah antarabangsa SEAMEO kepada penyelidik UTeM dalam usaha membantu golongan kurang upaya, kejayaan Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UTeM yang diiktiraf dan dianugerahkan Blockchain Global Leadership Award.

Pada masa yang sama dari sudut akademik pula beliau turut berkongsi berkenaan dengan penawaran program terbaru iaitu Program Sarjana Muda Teknologi bagi membantu graduan lepasan Diploma Vokasional Malaysia dan Diploma Kemahiran Malaysia melanjutkan pengajian di sini.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

036121943