Mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Ammar Jamaludin telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kepimpinan Tertinggi dalam University Leadership Development Program (ULDP) 2019.

ULDP 2019 telah diadakan pada 31 Julai sehingga 10 Ogos 2019 di Menara Axiata Kuala Lumpur ini adalah di bawah tajaan dan penganjuran oleh Axiata Group Berhad.

Program ini telah disertai oleh barisan peserta dari kalangan pelajar universiti-universiti awam seluruh negara yang layak dan terpilih sahaja oleh pihak penganjur.

Ammar merupakan pelajar Tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) Dengan Kepujian, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK).

Antara faktor kemenangan beliau adalah penonjolan ciri-ciri kepimpinan di samping mengetuai pasukan dan menang dalam cabaran-cabaran yang ditetapkan penganjur sepanjang program.

Di samping itu, beliau turut mendapat sokongan hebat dan rekomendasi dari rakan-rakan yang bukan ahli pasukan sekaligus menzahirkan keupayaan beliau sebagai pemimpin pasukan yang baik. 

Beliau sewaktu ditemubual melahirkan rasa sukacita dengan kemenangan ini sekaligus membakar semangat beliau untuk terus menyerlah jauh dari yang biasa.

“Terima kasih kepada pihak UTeM dan pihak Axiata Group yang telah memberikan peluang kepada beliau menonjolkan kelebihan yang ada dalam ruangan ini,” ujar beliau.

Katanya lagi, kemenangan ini merupakan pengiktirafan berprestij diiktiraf syarikat multinasional Axiata Group yang membuka peluang kepada beliau ikuti tawaran internship bersama Axiata selama 2 bulan di samping mendapat rangkaian kenalan daripada Alumni Axiata Young Talent Program.

Jelas beliau, kemenangan ini turut menjadi hadiah buat isteri dan keluarga beliau yang telah memberikan dorongan kuat daripada keluarga terutamanya isteri beliau.

Beliau turut bertekad untuk mengeluarkan diri sendiri dan isteri daripada kesedihan akibat kehilangan anak kedua mereka pada 1 syawal yang lalu.

Dalam program berkenaan UTeM turut disertai oleh empat orang mahasiswa lagi iaitu Mohd Shahmirzzy Kelvin dan Raymond Wong Pak Sheng yang merupakan pelajar tahun 3 dan tahun 4 Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Siti Nuradibah Zainal Abidin  dan Fatin Nur Syahirah Fadhil pelajar tahun 4, Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP).

Sementara itu, Naib Canselor UTeM Profesor Dr Raha Abdul Rahim gembira dengan perkembangan semasa dan pencapaian anugerah yang diterima oleh mahasiswa UTeM ini.

Beliau berkata, UTeM terus memainkan peranan dinamik dalam meneruskan agenda komprehensif melahirkan mahasiswa holistik yang berdaya saing dalam persekitaran semasa.

“Persekitaran kondusif di UTeM dan sistem pembangunan pelajar di sini terus menzahirkan akan apa yang kami hasratkan iaitu terus menghasilkan lebih ramai lagi Tuah UTeM,” ujar beliau lagi.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

036122921