Pusat Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawanan (CREATE), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Social Enterprise for Special Education Community (SE@SEC) bertempat di Kampus Teknologi UTeM, Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini.

Bengkel dua hari tersebut telah disertai seramai tiga puluh orang guru-guru Pendidikan Khas yang terlibat dalam menjalankan projek berkaitan serta sepuluh orang pelajar UTeM yang turut sama menimba pengalaman serta ilmu keusahawanan sosial dan pemasaran secara digital dalam bidang berkenaan. 

Pengarah Program SE@SEC, Prof. Dr. Faaizah Shahbodin merangkap ahli kumpulan Pervasive Computing & Educational Technology (PET) di bawah Pusat Kecemerlangan Centre for Advanced Computing Technology (C-Act) berkata, antara objektif program ini adalah untuk melahirkan usahawan di kalangan komuniti berpendidikan khas.

Katanya, program ini juga bertujuan meningkatkan pendapatan isi rumah komuniti berpendidikan khas, menambahkan bilangan mahasiswa yang mendapat pendedahan keusahawanan semasa dalam pengajian dan mentransformasi pemikiran mahasiswa dalam bidang keusahawanan melalui sesi gerak kerja lapangan sebagai usahawan sosial.

Tambah beliau, program ini turut menerapkan nilai dan kemahiran keusahawanan dalam diri masyarakat melalui mahasiswa sebagai agen keusahawanan dan mengalakkan mahasiswa memindahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka kepada komuniti berpendidikan khas.

Ujarnya lagi, menerusi program ini peserta akan menjalankan aktiviti yang melibatkan kemahiran dan ilmu keusahawanan bagi membantu dan memberi nilai tambah kepada komuniti berpendidikan khas bagi membentuk satu bentuk pendapatan dan membantu meluaskan pasaran perniagaan secara digital menggunakan teknologi ICT.

Bengkel ini turut dijayakan dengan kerjasama barisan penyelidik UTeM antaranya adalah Dr. Che Ku Nuraini Che Ku Mohd, Dr. Nurulizwa Abdul Rashid, Dr. Zanariah Jano dan Dr. Samer Ali Hussein Al-Shami.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

036123711