Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerusi Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universitas Merdeka Malang (UNMER, Malang), Indonesia baru-baru ini.

Majlis yang telah berlangsung di Bangunan Canselori, kampus induk UTeM, Durian Tunggal ini sekaligus meneguhkan kerjasama strategik antara 2 buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

Naib Canselor UTeM, Profesor Dr Raha Abdul Rahim berkata, antara objektif kerjasama strategik antara UTeM dan UNMER antaranya adalah memperkasakan usaha pengantarabangsaan universiti di persada global.

Jelas beliau, menerusi platform ini juga akan dilaksanakan beberapa inisiatif bersama seperti pengkayaan mahasiswa dan sumber manusia serta pelaksanaan pelbagai aktiviti bersama menerusi program pertukaran pelajar pra siswazah dan juga staf dari kedua-dua universiti.

Tambah beliau, kerjasama ini turut membuka ruang dan peluang bagi kedua-dua pihak dalam perkongsian kepakaran dan teknologi semasa menerusi program penyelidikan dan pendidikan bersama.    

UTeM sentiasa bergiat aktif dalam pengantarabangsaan serta jalinan kerjasama strategik dengan universiti-universiti dari negara ASEAN yang mana baru-baru ini UTeM turut menandatangani MoU dan Memorandum Perjanjian (MoA) dengan beberapa universiti di Indonesia antaranya bersama Institut Teknologi Sepuluh Nopember, Indonesia.

Sepintas lalu mengenai UNMER, ia telah ditubuhkan pada 5 Julai 1964, dan telah membuat banyak pencapaian di bidang Tri Dharma (pendidikan penyelidikan dan pelayanan masyarakat) di mana sehingga kini, UNMER dikenali oleh masyarakat sebagai universiti tertua di Malang, juga sebagai institusi pendidikan tinggi terkemuka yang menawarkan pendidikan berkualiti.

UNMER telah tersenarai dalam kelompok utama ke-4 sebagai institusi pengajian tinggi swasta terbaik di Jawa Timur, dan ke-2 sebagai institusi pengajian tinggi swasta terbaik di Malang.

Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UTeM, Prof Datuk Dr Mohd Razali Muhamad serta barisan pengurusan tertinggi dan pegawai kanan UTeM yang terdiri daripada barisan dekan-dekan fakulti.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

036121546