Kelab Rakan Kesihatan (KRK), Pusat Kesihatan, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan program Hiking KRK 2019 bertempat di Bukit Batu Lebah, Selandar, Melaka, baru-baru ini.

Penasihat Kelab KRK, Dr. Suriya Abu Kassim berkata, antara objektif program ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang ilmu-ilmu perubatan hasil daripada tumbuhan semulajadi dalam hutan serta meningkatkan kesedaran mereka tentang menjaga, menghargai, dan kepentinganan menjaga alam sekitar dengan baik.

Katanya. program tersebut turut telah melibatkan seramai empat orang kakitangan Kumpulan Melaka Berhad sebagai pemantau keselamatan di samping ahli kelab KRK serta mahasiswa dan mahasiswi UTeM yang terlibat.

Jelas beliau, pemilihan lokasi iaitu di Bukit Batu Lebah, Selandar tersebut adalah kerana keunikan sejarah dan kepelbagaian flora dan fauna yang terpelihara terdapat di situ kerana kawasan tersebut masih lagi terpencil dan kurang pengunjung.

Sewaktu program, para pelajar telah diperkenalkan tentang pelbagai jenis tumbuhan hutan seperti pokok akar dawai, pokok tapak kuda, pokok liana, pokok Ara dan pokok tongkat ali hitam oleh Guider selaku wakil Kumpulan Melaka Berhad, Mat Radzuan Abd Razak.

Antara penerangan terperinci Mat Radzuan kepada para peserta adalah berkenaan kelebihan salah satu pokok yang dijumpai iaitu Pokok Senduduk yang mana ianya dapat digunakan bagi menahan darah dari keluar apabila angota badan terluka dan kelebihan daun pokok senduduk yang boleh dikunyah semasa perut lapar jika habis bekalan makanan di dalam hutan.

Sementara itu, Pengarah Pusat Kesihatan UTeM, Dr. Muhamad Fuzi Saidin terus menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan aktiviti seumpama ini kerana program tersebut amat berguna kepada pelajar kerana di samping berpeluang mendaki bukit dan meredah pelbagai gua, mereka turut dapat mengenali dan mempelajari tumbuh-tumbuhan serta mengetahui tentang kebaikan dan kegunaan daripada tumbuhan-tumbuhan hutan.

Ujarnya lagi, besarlah harapan sekiranya setiap pelajar yang menyertai program tersebut dapat memanfaatkan setiap ilmu yang mereka perolehi sepanjang program   dikongsi dengan orang lain yang memerlukan.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

038727013