Pusat Sumber dan Teknologi Pembelajaran (PSTP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) baru-baru ini telah menganjurkan Karnival dan Persidangan e-Pembelajaran Antarabangsa UTeM 2019 (eLCC2019) bertempat di Dewan UTeM 1, Kampus Teknologi UTeM, Ayer Keroh, Melaka.

Menurut Pengarah PSTP UTeM, Profesor Dr Sazilah Salam, program ini bertujuan untuk menggalak dan mengiktiraf kecemerlangan inisiatif inovasi e-Pembelajaran yang dilaksanakan oleh staf akademik dan pelajar UTeM khususnya dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) Malaysia umumnya di samping mengenalpasti inisiatif inovasi e-Pembelajaran yang berkualiti dan layak diiktiraf pencapaiannya untuk dimajukan bagi pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Jelas beliau, menerusi platform eLCC ini turut diadakan Invention, Innovation & Design On e-Learning (IIDEL) dengan melibatkan sebelas IPTA dari seluruh negara  dengan tujuh puluh tiga penyertaan antaranya dari UTeM, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Taylor's, Universiti Teknologi MARA, Universiti Multimedia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Politeknik Sultan Idris Shah dan Kolej Matrikulasi Johor.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTeM, Prof. Datuk Dr. Mohd Razali Muhamad dalam ucapan beliau sewaktu merasmikan eLCC menyatakan penganjuran eLCC kali ini lebih menyerlah apabila telah melibatkan penyertaan pelajar pasca siswazah dan pensyarah antarabangsa dan penganjuran kali ketiga ini juga berjaya mendapat penyertaan paling ramai.

Ujarnya, eLCC juga berjaya menampilkan inovasi menggunakan teknologi terkini yang berkualiti bagi kegunaan pembelajaran beza-upaya, aplikasi augmented reality, platform pengurusan pembelajaran berasaskan gamifikasi, amalan pindah kredit MOOC, dan pembelajaran berasaskan chatbot.

"Pelbagai produk dari UTeM, universiti awam dan antarabangsa berkaitan inovasi e-Pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran kepada komuniti telah dipaparkan di samping menggalakkan para akademik, penyelidik, dan pelajar untuk bergiat lebih lanjut dalam meningkatkan kualiti dan keberkesanan inovasi e-Pembelajaran menerusi pengajaran dan pembelajaran," katanya lagi.

Pada IIDEL tersebut, pasukan UTeM telah berjaya merangkul sebanyak 7 pingat emas, sebelas pingat perak dan 8 pingat gangsa yang mana 7 pingat emas tersebut telah diraih menerusi inovasi The Use of Lines Method and Gamification for Student with Learning Disabilities to Improve Understanding on Addition and Subtraction Operation oleh Siti Nurul Mahfuzah Mohamad, Nor Azmidy Ismail dan Imam Baihaqi Mohd Khanapi, Tools in Screening Visual Perception Problems: Autism Kits oleh Che Ku Nuraini Che Ku Mohd dan Faaizah Shahbodin, Integrasi Aplikasi Augmented Reality untuk Modul Interaktif Asas Internet of Things (iAR-IoT module) oleh Mohd Hafiez Ahmad, Sharifah Nadiyah Razali dan Raja Norhafiza Raja Rosly.

Manakala 4 pingat emas lagi diraih menerusi A Gamification Design to Support Students Motivation to Completing Courses in LMS Platform oleh Rujianto Eko Saputro, Prof Dr Sazilah Salam dan Mohd. Hafiz Zakaria, Best Practices for Cultivating and Strengthening Blended Learning Through an Innovative System oleh Ahmad Fadzli Nizam Abdul Rahman, Zurina Sa'aya, Mohd Fairuz Iskandar Othman, Sazilah Salam, Muhamad Azmi Zainal dan Ahmad Shaarizan Shaarani, Credit Transfer MOOC (CTM): A first journey in UTeM oleh Ahmad Fadzli Nizam Abdul Rahman, Sazilah Salam, Norasiken Bakar, Muhamad Azmi Zainal, Cheong Kar Mee dan Tan Poh Ee serta  Improving Students Speaking Skills using a Conversational Robot in Mandarin Course oleh Sazilah Salam, Cheong Kar Mee dan Hasmaini Hashim.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

038728940