Dengan rekod kejayaan demi kejayaan melayakkan mahasiswa dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Hamdanwahid Rinaldi mewakili negara dalam acara taekwondo di peringkat dunia.

Beliau merupakan peserta negara dalam acara taekwondo menerusi Kejohanan Sukan Universiti Dunia bertempat di Napoli, Itali yang berlangsung dari 2 hingga 14 Julai 2019.

Hamdanwahid beraksi bagi acara sparring individu lelaki bawah 80 kilogram (kg) dan juga acara sparring berpasukan untuk pasukan negara kita.

Beliau sebelum ini telah berjaya mencatatkan banyak kemenangan hebat dalam negara antaranya yang membuatkan namanya meningkat naik apabila beliau telah berjaya meraih pingat emas dalam acara Walterweight bawah 80 kg mewakili Melaka di SUKMA Perak lalu.

Hamdanwahid Rinaldi yang merupakan pelajar tahun kedua Diploma Kejuruteraan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) tersebut turut berjaya merangkul pingat emas menerusi acara Kyoruugi dalam 10th WTM (WT) - NSC Milo National Taekwondo Championship Poomsae dan Kyorugi, baru-baru ini.

Dengan pemaparan siri aksi hebat dan rangkulan pelbagai kejayaan lain dalam acara kejohanan taekwondo membuatkan mahasiswa UTeM ini terpilih menjadi peserta dalam senarai atlet negara ke Itali.

Hamdanwahid berharap beliau berjaya membantu negara di Napoli Itali ini dengan terus mempamerkan aksi cemerlang di pentas dunia dengan harapan berjaya membawa pulang pingat ke tanahair nanti.

Sementara itu, Naib Canselor UTeM, Profesor Dr Raha Abdul Rahim mewakili seluruh warga universiti ini mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan mendoakan agar beliau berjaya memenangi acara yang dipertandingkan.

Katanya, UTeM turut merasa bertuah apabila mahasiswa dari universiti telah terpilih mewakili negara beraksi di Kejohanan Sukan Universiti Dunia di Napoli Itali yang sedang berlangsung kini.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

034896754