Bagi meluaskan rangkaian kerjasama akademia secara global maka UTeM terus mempergiatkan inisiatifnya dalam mempelbagaikan lagi kerjasama strategik dengan universiti-universiti ternama dari serata dunia.

Selari itu, Pusat Antarabangsa, Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima kunjung hormat  delegasi Guilin University of Technology (GLUT), China.

Perbincangan dua hala antara UTeM dan GLUT tersebut telah berlangsung di Bangunan Canselori, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka, baru-baru ini.

Delegasi lawatan GLUT diketuai oleh Secretary General (Chancellor) GLUT, Prof. Guozhong Li bersama pengurusan tertinggi GLUT yang terdiri daripada Director of the President’s Office, Mr. Zhuangdong Tang, Director of Human Resources, Prof. Lizhang Xin, Vice Dean of the College of Environment Science and Engineering, Prof. Yanhong Li dan Deputy Director of the International Office, Dr. Xiaopeng Zhang.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTeM, Prof. Datuk Ts. Dr. Mohd Razali Muhamad yang mempengerusikan mesyuarat antara UTeM dan delegasi GLUT menyatakan antara initipati pertemuan tersebut adalah berkisar perbincangan perkara-perkara berkaitan corak dan pengisian kerjasama antara kedua-dua universiti.

Jelas beliau, antara yang disentuh adalah persetujuan untuk menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara kedua buah universiti seterusnya melaksanakan pelbagai program seperti Program Summer Camp yang mana pihak GLUT berhasrat untuk menghantar pelajar mereka ke UTeM bagi mengikuti UTeM Global Outreach Program 2019 bakal diadakan nanti.

Katanya, perbincangan turut menyentuh mengenai program mobiliti pelajar bagi jangka masa pendek dan panjang, program Summer Camp secara timbal balik yang dijangka bermula pada tahun 2020 dan pertukaran staf dalam skop penyelidikan dan pengajaran jangka pendek.

“Turut dibincangkan adalah mengenai visiting scholar samada satu, dua atau tiga tahun dengan pembiayaan dana dari wilayah Guilin dengan tumpuan di dalam bidang mekanikal, elektronik, alam sekitar dan IT di samping perbincangan berkenaan double degree program bagi kedua-dua universiti”, ujarnya lagi mengakhiri temubual.

Guilin University of Technology merupakan sebuah universiti terkemuka terletak di Bandar Guilin, Guangxi, China dengan penawaran program pra-siswazah sebanyak 59 program dan 35 program pasca-siswazah merangkumi pelbagai jurusan seperti Pengurusan, Ekonomi, Seni, Sastera, Kejuruteraan, Sains, Pertanian di samping kursus Bahasa Cina yang direka khas untuk pelajar antarabangsa.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

034895991