Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus menjadi pilihan sebagai rakan kerjasama strategik oleh rangkaian universiti-universiti ternama dari seluruh dunia bagi merealisasikan perkongsian kepakaran bersama dalam bidang masing-masing.

Terbaru, UTeM telah menerima kunjung hormat dan lawatan kerja daripada delegasi Chonbuk International University (CBNU), Korea Selatan pada bulan lalu di Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka.

Lawatan delegasi CNBU ini telah diketuai oleh Executive Vice President, Dr. Kui Jae Lee bersama tiga orang delegasi yang lain yang mana mereka pernah bersua sebelum ini bersama pihak UTeM sewaktu pertemuan sebelumnya sempena dengan persidangan Asia-Pacific Association for International Education (APAIE) pada Mac 2019 lalu.

Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib berkata, antara isi perbincangan yang dibincangkan sewaktu pertemuan lawatan kerja tersebut adalah perbincangan lanjut corak kerjasama strategik antara kedua-dua belah pihak.

Jelasnya, perbincangan turut menyentuh mengenai program mobiliti pelajar dan kakitangan akademik UTeM bersama CBNU dan mereka turut berhasrat untuk mula menghantar pelajar mobility mereka ke UTeM bermula bulan September 2019.

Menurut beliau, turut disentuh adalah berkenaan program Summer Camp secara timbal balik yang dirancang bagi mahasiswa kedua-dua universiti dan juga program Dual-Degree untuk para pelajar pascasiswazah bagi kedua-dua universiti.

Sementara itu, Pusat Antarabangsa UTeM memaklukan bahawa kerjasama strategik ini secara rasminya akan dizahirkan menerusi majlis menandatangani Memorandum Persefahaman dan Memorandum Perjanjian antara CBNU dan UTeM yang dijangka diadakan pada hujung tahun ini.

Sepintas lalu, CBNU terletak di bandar bersejarah Jeonju, Republik Korea yang mana ia merupakan sebuah universiti utama perdana di Wilayah Jeollabuk-do yang telah berkembang kepada kepada 17 kolej termasuk Faculty of Public Policy dan Jimmy Carter School of International Studies serta 14 Graduate Schools.

CBNU mempunyai kira-kira 32,000 pelajar dan 2,400 profesor sepenuh masa dan sambilan bagi menyediakan kemudahan pendidikan, penyelidikan dan sokongan berkualiti tinggi disamping menjalankan kerjasama dengan pelbagai institusi dan agensi berprestij di seluruh dunia.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

037351501