Polis Bantuan Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) adalah pasukan yang bertanggungjawab dalam memastikan kedua-dua kampus UTeM sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sejahtera.

Penolong Naib Canselor, Pembangunan & Pengurusan Fasiliti (PNCPPF), Prof. Madya Mohd Rahimi Yusoff berkata, Polis Bantuan UTeM  bukan hanya bertindak sebagai agen keselamatan Kampus malah turutmenonjolkan budaya harmoni dalam kalangan warga universiti menerusi pelbagai usaha berterusan yang sedang dan akan dijalankan oleh pihak mereka. 

Jelasnya, antara penekanan yang diberikan adalah kepentingan amalan prihatin di UTeM yang mana setiap warga UTeM disapa kehadiran semasa melangkah masuk ke kampus oleh Polis Bantuan UTeM manakala diiringi pula dengan ucapan terima kasih yang mana proses pembudayaan ini akan membantu dalam meneguhkan lagi hubungan harmoni antara staf, pelajar dan Polis Bantuan UTeM.

"Budaya menyambut warga UTeM di Gerbang Utama kampus secara tidak langsung akan meningkatkan kemesraan dan kepercayaan warga UTeM kepada Polis Bantuan di samping akan meningkatkan semangat kekitaan dan akhirnya akan menzahirkan sikap keprihatinan terhadap sesama insan dan juga harta benda universiti," ujar beliau ketika perjumpaan beliau bersama Pengarah dan warga Polis Bantuan UTeM di Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, baru-baru ini.

Pada majlis yang sama beliau turut menyeru agar kesemua staf di bawah pejabat PNCPPF bangkit bersama sebagai satu pasukan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh pelanggan yang terdiri daripada warga UTeM dengan tagline #BangkitBersama.

Sewaktu perjumpaan tersebut Mohd Rahimi telah melawat dan melakukan tinjauan ke beberapa kawasan strategik seperti kawasan rondaan sempadan, kawasan strategik pemantauan keselamatan dan kawasan pembangunan Bukit Perdana UTeM.

Pengarah Polis Bantuan UTeM, Kapten (Bersara) Ahmad Shakir Yahaya ketika diminta mengulas menyatakan pasukan Polis Bantuan UTeM terus bertekad dalam menjayakan agenda tersebut kerana budaya tersebut akan memberi impak besar kepada rangkaian strategi dan pelaksanaan mencapai sasaran sifar jenayah apabila pembudayaan amalan “Prihatin, Selamat dan Sejahtera” dicapai bilamana semua pihak memainkan peranan serta rasa sentiasa prihatin kekitaan.

Mengulas lanjut beliau berkata, sikap prihatin yang dipupuk dan disemai akan menjadi aset paling bernilai dalam memelihara keselamatan fizikal, dokumen dan personal dalam UTeM oleh pelbagai lapisan dan peringkat bilamana berlakunya penerapan amalan prihatin, selamat dan sejahtera.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 14 March 2019

034061892