Barisan penyelidik dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya merangkul tiga belas pingat menerusi tiga belas produk inovasi di International Invention & Innovation Exhibition (ITEX), anjuran kali ke-30.

ITEX yang merupakan anjuran Malaysian Invention and Design Society (MINDS) telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada pada 2 hingga 4 Mei 2019 lalu.

Kesemua tiga belas pingat tersebut adalah 4 pingat emas dan 9 pingat perak yang mana kesemua produk yang dihantar oleh UTeM untuk dipertandingkan pada ITEX tersebut berjaya membawa pulang pingat dan sijil kejayaan.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Zulkifilie Ibrahim berkata, kemenangan yang diterima ini telah menyerlahkan lagi produk inovasi UTeM di peringkat nasional dan secara tidak langsung di persada dunia dalam arena penyelidikan dan inovasi.

Jelas beliau, pingat emas dimenangi menerusi produk The “K” Paintball Tactical Armour Vest hasil inovasi Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Yuhazri Yaakob dari Fakulti Teknologi Kejuteraan Mekanikal Pembuatan (FTKMP), Inovasi Ceram C_Tool hasil rekaan Prof. Madya Ir. Dr. Hadzley Abu Bakar dari Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP), MUETLex hasil penyelidikan Dr. Noorli Khamis dari Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan (PBPI) dan Pico Hydro Generation System for Low Head Low Flow Water Resources, inovasi dari Ir. Dr. Mohd Farriz Basar dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE).

Manakala 9 pingat perak pula menerusi produk inovasi Eco-Helmet (Ecol) "Safety from Nature", hasil penyelidikan Prof. Madya Ir. Ts. Dr Mohd Yuhazri Yaakob dari FTKMP, Nanoscale Graphene for Future Super Conductive Materials, inovasi rekaan Ts. Dr. Mohd Azli Salim dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, (FKM), Postnatal Pain Reliever, hasil inovasi Dr. Mohammad Kamil Sued dari FKP dan Design, Optimization and Fabrication of 3d Printing Orthopedic Calf Cast, hasil penyelidikan Mohammad Rafi Omar dari FTKMP.

Turut membawa pulang pingat perak adalah Dual-Band Aperture Coupled Rectenna for RF Energy Harvesting hasil inovasi Dr. Maizatul Alice Meor Said dari Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK), Synthesis of Graphene from Waste Products, hasil inovasi dari Dr. Mohd Rody Mohamad Zin dari FKM, Development Of Customized Pes Planus (Flat Foot) Orthotic Insole Using Additive Manufacturing, rekaan Dr. Zulkeflee Abdullah dari FKP, Uniaxial Cyclic Bending Test Apparatus for Flexible Printed Electronics Reliability Assessment hasil rekaan Dr. Muhd Ridzuan Mansor dari FKM dan aplikasi Learn-With Iman App : Interactive Children Educational Mobile Application Using Machine Learning for Image Recognition hasil rekaan penyelidik Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Noor Mohd Ariff Brahin.

Sementara itu, Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib turut tidak ketinggalan dalam merakamkan ucapan tahniah kepada para penyelidik UTeM di atas pencapaian tersebut dan berhara agar pengiktirafan ini akan terus menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi UTeM serta memartabatkan nama UTeM di persada nasional dan antarabangsa.

"Sepintas lalu kemenangan tiga belas pingat ini terus membakar semangat para peserta dari UTeM apabila kesemua penyertaan berjaya membawa pulang pingat kemenangan seterusnya menjulang nama UTeM ke peringkat antarabangsa”, ujar beliau lagi.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 14 March 2019

034060105