Pejabat Pengurusan dan Perhubungan Canselori (PPPC), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Jawatankuasa Post-Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains & Inovasi Melaka di bawah kelolaan Adun Telok Mas, Melaka, Yang Berhormat Noor Effandi Ahmad telah menjayakan program Kasih dan Prihatin Lebaran, baru-baru ini di salah sebuah pasaraya besar di Ayer Keroh, Melaka.

Menerusi pelaksanaan program ini maka ianya telah berjaya membantu 121 pelajar asnaf, pelajar kurang upaya dan kurang berkeupayaan untuk memiliki kelengkapan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.

Para pelajar yang terpilih dari sekolah sekitar negeri Melaka tersebut telah dibantu menerusi persediaan berbentuk persiapan hari raya seperti sepersalinan baju melayu lengkap berserta songkok dan sampin, kasut dan pakaian harian berjumlah RM150.00 hasil tajaan dan pihak Mydin MITC turut berbesar hati memberi tambahan sebanyak RM30.00 bagi setiap oelajar.

Pengarah PPPC UTeM, Fazidah Ithnin sewaktu ditemui pada majlis pelancaran program tersebut menyatakan bahawa cetusan idea program tersebut adalah dari Noor Effandi Ahmad bersama Jawatankuasa Post-Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains & Inovasi Melaka dan seterusnya terus menjalankan kutipan tajaan pembelian baju raya untuk anak-anak tersebut ini kami lakukan dalam tempoh sekitar 10 hari sahaja.

Jelasnya, dalam tempoh yang singkat tersebut, hampir RM20,000 dapat dikumpulkan menerusi sumbangan ikhlas dari agensi yang terdapat di bawah Jawatankuasa Post-Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains & Inovasi.

Menurut beliau, seramai 10 orang pelajar terpilih turut menerima kelengkapan asas dan barangan dapur tajaan dari Multimedia University seperti minyak masak, beras, gula, tepung dan beberapa lagi kelengkapan asas untuk menyambut aidilfitri.

Program Kasih & Prihatin Lebaran tersebut telah berlangsung pada 23 Mei bermula jam 8:30 pagi sehingga jam 2:00 petang dengan penyertaan sukarelawan dari UTeM, Kolej Komuniti dan Multimedia University bagi membantu para guru yang membawa pelajar untuk menyediakan kelengkapan aidilfitri yang telah ditaja.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

037352490