Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerusi Pusat Pembangunan Komuniti dan I-CoE, Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) (PJIM) komited dalam menjalankan pelbagai aktiviti pembangunan komuniti.

Antara program yang dilaksanakan adalah Nanum Village, A Community Sharing Programme yang telah dijalankan sejak tahun 2015 lalu dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd.

Dengan inisiatif kolaborasi berterusan maka kumpulan dari UTeM kembali ke Kampung Ulu Tual, Kuala Lipis, Pahang dengan melaksanakan pelbagai aktiviti  berimpak langsung kepada golongan komuniti di situ baru-baru ini.

Pengarah Pusat Pembangunan Komuniti dan I-CoE, PJIM UTeM, Prof. Madya Dr. Mohamad Zoinol Abidin Abd Aziz yang bersama dalam program tersebut berkata, pelbagai aktiviti menarik dilaksanakan antara aktiviti yang dijalankan di perkampungan berkaitan adalah permainan berbentuk robotik bersama kanak-kanak setempat bersama sukarelawan UTeM.

Jelasnya, pelbagai aktiviti lain turut dilaksanakan seperti pemeriksaan kesihatan dan taklimat kesihatan serta permainan sukan rakyat daripada sukarelawan yang turut melibatkan hampir lima puluh orang sukarelawan dari UTeM dan beberapa buah universti awam yang lain.

“Antara sukarelawan yang turut serta adalah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM Kuantan) Universiti Malaysia Pahang (UMP) serta Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).  

“Di samping itu mereka turut sama menjayakan program sukarelawan bersama kanak-kanak di Pusat Didikan Komuniti berkaitan,” ujar beliau lagi.

Turut hadir ke program ini adalah Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) UTeM, Prof. Madya Ir. Dr. Md Nazri Othman serta Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK) UTeM Prof. Madya Dr. Mohd Shakir Md Saat.

Sementara itu, program ini turut disertai oleh Pengarah Bahagian Hubungan Industri Kementerian Pendidikan Malaysia, Prof. Dr. Arham Abdullah serta Pengarah Jabatan Hal Ehwal Korporat Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd., Dato Roh Jae Yeol.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

036121566