Alumni Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah meraih anugerah berupa pingat emas daripada Institution of Engineers, Malaysia (IEM) sempena IEM 60th Annual Dinner & Award Night 2019 yang berlangsung baru-baru ini.

Anugerah tersebut telah diterima oleh Kok Sian Tan dalam majlis berkenaan yang telah diadakan di salah sebuah Resort Hotel and Spa di Sunway sempena meraikan ulang tahun IEM yang ke 60.

Pemilihan bagi penganugerahan adalah daripada keseluruhan organisasi IEM dan wakil dari setiap negeri, Kok Sian Tan terpilih kerana beliau merupakan pelajar kejuruteraan terbaik dari UTeM yang bukan sahaja beliau cemerlang dalam bidang kurikulum, malahan beliau juga merupakan presiden IEM-UTeM Student Section di samping aktif dalam pelbagai aktiviti di dalam dan di luar universiti.

Sepintas lalu graduan yang pernah menerima Anugerah Diraja pada majlis konvokesyen UTeM ke-14, tahun lalu terbukti telah berjaya mengimbangi kejayaan menerusi bidang akademik dan kokurikulum sewaktu tempoh pengajian lalu.

IEM 60th Annual Dinner & Award Night 2019 dianjurkan untuk meraikan ulang tahun ke-60 IEM di samping meningkatkan hubungan antara jurutera, perunding, profesional, ahli akademik, pemaju hartanah, kontraktor, pembuatan bangunan, dan pembekal serta orang lain yang berkaitan dengan persaudaraan kejuruteraan.

Penganjurannya juga memberi peluang kepada IEM untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar kejuruteraan tahun akhir terbaik di setiap institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib melahirkan rasa kegembiraan di atas pencapaian alumni dari UTeM sekaligus ianya terus memberikan suntikan kecemerlangan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang lain.

Katanya, UTeM terus melahirkan graduan cemerlang yang bukan hanya cemerlang dalam akademik malahan memiliki tahap kompetensi tinggi yang diiktiraf bukan hanya dalam negara malahan di persada global.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 14 March 2019

033400472