Pasukan Rowing Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya membawa pulang pingat gangsa bagi kategori Women 8+ dan tempat ke-4 bagi kategori Men 8+ pada kejohanan Head of Muar River Regatta 2019 yang berlangsung di Oyster Bay Muar, Johor, baru-baru ini.

Kejohanan perlumbaan mendayung sejauh 6.8KM dengan kategori bot 8 orang pendayung (Men 8+ dan Women 8+) tersebut telah dianjurkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Johor Rowing Association dan Kelab Rowing Putrajaya.

Pengarah Pusat Sukan UTeM, Dr Rosli Saadan berkata, objektif utama penganjuran kejohanan ini adalah bagi memperkenalkan lagi sukan rowing di serata Malaysia, mencari lebih ramai bakat baru dan mengasah lebih ramai bakat atlet dari serata Malaysia yang bertaraf antarabangsa.

Jelasnya, pasukan UTeM yang terdiri daripada 9 orang lelaki dan 9 orang perempuan telah berentap dengan jayanya bersama dengan penyertaan pasukan lain dari seluruh negara antaranya seperti Kuala Lumpur Rowing Club (KLRC), UTHM, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Pasukan Alumni Pemain Kebangsaan  dan Persatuan Mendayung Negeri Terengganu (PERDATA).

Mengulas lanjut beliau berkata, Pasukan Rowing UTeM yang menggelarkan diri mereka sebagai UTeM Stingrayz Rowing Team turut pernah beraksi dan meraih pengalaman sebelum ini menerusi penyertaan Indoor Rowing Challenge yang berlangsung di Iskandar Puteri, Johor Baharu pada hujung tahun 2018 yang lalu.

"Pada Indoor Rowing Challenge tersebut, UTeM Stingrayz Rowing Team berjaya merangkul empat pingat iaitu satu emas bagi Women Pair 2000M, satu perak bagi Mens Pair 2000M, satu perak dan satu gangsa bagi acara Mix Relay 2000M," ujar beliau.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 20 June 2019

036121587