Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus melebarkan sayap dalam pemerkasaan dominasi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) aras tinggi di negara ini.

Dominasi TVET pelengkap teknologi tinggi adalah perkara utama yang menjadi pemangkin kepada peranan dan fungsi UTeM di samping arus kini bersama ledakan gelombang Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Agenda ini adalah topik utama yang disampaikan oleh Naib Canselor UTeM Profesor Datuk Ts Dr Shahrin Sahib bersempena dengan Majlis Perutusan Naib Canselor UTeM yang diadakan di Dewan Canselor, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal Melaka, baru-baru ini.

Dr Shahrin berkata, UTeM terus komited dalam merealisasikan peranan universiti ini sebagai peneraju dalam aspek dominasi TVET aras tinggi selari dengan hasrat nasional bersama dengan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).

Jelasnya, UTeM sebagai peneraju TVET aras tinggi telah berjaya dizahirkan antaranya apabila UTeM telah menawarkan banyak kursus atau program pengajian berteraskan kepada TVET dan IR 4.0.

Kata beliau, program kejuruteraan yang ditawarkan oleh UTeM selari dengan keperluan dan kualiti tinggi apabia telah berjaya mendapat kelulusan akreditasi daripada pihak Engineering Accreditation Council (EAC) selama 6 tahun berturut-turut.

“Sementara itu, untuk terus menyemarakkan agenda ini maka UTeM terus melaksanakan dapatan keberhasilan bersama pihak industri menerusi hubungan strategik serta perkongsian kepakaran bersama dengan pihak industri multinasional dan tempatan.

“Justeru beberapa program seperti pelantikan CEO Fakulti dari kalangan golongan pengurusan tertinggi industri telah dibuat oleh UTeM dan aktiviti berimpak bersama turut telah dijayakan sekaligus menyerlahkan kerelevanan dominasi TVET aras tinggi di sini,” ujar beliau lagi.

Dalam majlis ini turut dilangsungkan pelancaran TUAH oleh Naib Canselor UTeM selepas penerangan berkenaannya telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Profesor Madya Dr Nurulfajar Abd Manap.

TUAH adalah berkisar kepada strategi dan pelaksanaan UTeM ke arah memperkasakan kecemerlangan mahasiswa universiti ini bercirikan tangkas, unggul, adaptif dan holistik.

Majlis ini telah dihadiri Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Datuk Dr Mohd Razali Muhamad, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr Zulkifilie Ibrahim serta pengurusan tertinggi universiti.

Lebih 1,800 orang warga kerja UTeM yang terdiri dari kalangan staf pentadbiran dan akademik telah hadir dan mendengar perutusan Naib Canselor UTeM ini yang merupakan sebahagian daripada agenda tahunan.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 14 March 2019

033340317